Inilah Adab Suami Ketika Isteri Mengandung, Jaga Emosi Bukan Isteri Sengaja Mengada-ngada!

Inilah Adab Suami Ketika Isteri Mengandung, Jaga Emosi Bukan Isteri Sengaja Mengada-ngada! | Apabila diberikan rezeki anak biasanya yang paling gembira ialah bakal ibu. Ini bukan hendak menafikan kegembiraan bakal ayah namun kerana terikatnya emosi diantara ibu dan bayi yang dikandungnya emosi bakal ibu lebih menyerlah berbanding bakal ayah.

Kadang kala ada bakal ibu yang mengalami perubahan yang sangat ketara dan mendadak melibatkan aktiviti harian mahupun pemakanan.

3-4 bulan pertama ramai yang mengalami morning sick cuma ada yang mengalaminya sekejap dan tidak teruk tetapi ada yang mengalaminya sampai terpaksa di masukkan ke wad.

Manakala dari segi pemakanan jangan pelik jika ada makanan yang sebelum ni tidak pernah disentuh pun tiba-tiba mengidam pula makanan tersebut. Suami bernasib baik kalau isteri tidak mengidam perkara yang pelik-pelik.

BACA JUGA :: Suntikan Pencegah Kehamilan Pertama Di Dunia Untuk Kaum Lelaki Bakal Dipasarkan

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu.

Ada suami ketika isteri mengandung tidak pandai mengawal tutur kata yangmelibatkan emosi. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya.

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri mengandung :

1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut:

“La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin”

Maksudnya : “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat.

Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.

Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri.

BACA JUGA :: Semak Tanda-Tanda Nak Bersalin Ni, Wanita Sarat Mengandung Kena Tahu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × four =