Inilah 4 Petua Untuk Merawat Kudis Buta, Hanya Gunakan Bahan Semulajadi Berkesan & Selamat!

Inilah 4 Petua Untuk Merawat Kudis Buta, Hanya Gunakan Bahan Semulajadi Berkesan & Selamat! | Biasanya penghidap kudis buta akan mengalami kegatalan kulit pada waktu malam dan ada ruam merah yang gatal muncul.

Ruam ni akan muncul di pergelangan tangan, siku, ketiak, bawah dada, punggung, lutut, jari dan kemaluan.

Kegatalan tersebut juga boleh menyebabkan kulit berkudis. Secara tidak langsung, kulit mudah sangat dijangkiti oleh bakteria. Selain ruam merah yang gatal, penghidap kudis buta juga akan mengalami kulit melepuh.

merawat kudis buta

Petua mewarat kudis buta ini boleh diamalkan:

1. Ambil sebiji buah pinang dan buang kulitnya. Tumbuk isi buah pinang hingga lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Lumurkan bahan tadi pada kudis buta. Lakukan selalu. Lama kelamaan kudis buta akan menjadi kering dan pudar.

2. Kunyit dikatakan mempunyai bahan aktif cucurmin yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai sifat antiseptik dan antiradang yang kuat. Jadi, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan gejala yang disebabkan oleh kudis buta ni. Gunakan kunyit dan beras ditumbuk halus campur air dan disapu.

BACA: Bukan Susah Tanam Kunyit Hidup, Dalam 2 Minggu Lebih Inilah Hasilnya

3. Daun rosemary pun dikatakan mempunyai sifat antiseptik dan membantu merawat kudis buta. Anda boleh jadikan daun rosemary kering sebagai mandian, dijadikan sebagai bahan utama dalam mencuci cadar atau apa sahaja kain, sebagai ubat sapu untuk disapukan pada kudis buta dan dijadikan sebagai minuman teh kosong.

4. Sapukan serbuk manjakani yang sudah dilarut dengan air ditempel pada kudis buta tersebut.

Boleh lah cuba salah satu petua merawat kudis buta yang mana satu dirasakan sesuai ya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eleven + six =