10 Khasiat Rebung Yang Boleh Menjauhkan Anda Dari Pelbagai Penyakit. No. 6 Tu Mesti Ramai Suka!

10 Khasiat Rebung Yang Boleh Menjauhkan Anda Dari Pelbagai Penyakit. No. 6 Tu Mesti Ramai Suka! | Mesti ramai yang suka makan rebung kan, tapi anda tahu tak khasiat rebung yang bukan sahaja elok untuk kesihatan tetapi turut membantu dalam proses menurunkan berat badan!

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari spesies Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Di Asia, ia biasanya diambil dan dipotong untuk dimasak sebagai ulam-ulaman dimakan bersama lauk, contohnya gulai rebung dan sayur lodeh. Dalam bahasa Inggeris ianya dikenal dengan sebutan bamboo shoot ini, merupakan pucuk buluh yang masih muda.

Sering dijadikan sayur dalam masakan, baru diketahui oleh segelintir orang saja. Kelazatannya dapat membuat selera makan bertambah. Apalagi, jika ianya dimakan dan dicicah tersebut dengan sambal pedas. Wow, pasti terangkat dan meleleh air liur time bulan puasa cenggini.. Hehehe.. Namun, disamping kelazatannya, rebung memiliki banyak khasiat yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita.

khasiat rebung

Rebung sering dibuat masak lemak namun tak ramai orang mengemarinya. Tahukah anda rebung juga mempunyai khasiat bagi kesihatan tubuh badan kita?

Mari kita lihat 10 khasiat rebung kepada kesihatan manusia.

1. Menyembuhkan Bisul Dan Luka

Mempunyai sifat anti inflamasi dan analgesik yang dapat membantu mempercepat proses penyembuhan bisul dan luka.

2. Mengatasi Masalah Pernafasan

Rebung mengandungi asam amino dan merupakan sumber protein yang baik. Oleh itu khasiat rebung sangat baik untuk mengatasi masalah pernafasan.

Caranya cukup mudah, iaitu dengan merebus tunas rebung selama dua kali perebusan. Ketika perebusan pertama kali harus menunggu hingga mendidih selama 5 minit dan untuk yang kedua sekitar 10 minit. Tambahkan sedikit madu pada air rebusan tersebut.

3. Menurunkan Tekanan Darah

Oleh kerana kandungan kalium yang tinggi dalam rebung, khasiat rebung amat membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang stabil. Rebung juga menstabilkan kesan ke atas tekanan darah arteri.

4. Menyihatkan Pencernaan

Khasiat rebung dapat membantu mengatasi masalah pencernaan seperti gastroenteritis. Rebung juga bermanfaat dijadikan ubat cacing.Kandungan serat makanan dalam rebung dinilai sangat tinggi. Dengan mengambil rebung dalam menu makanan anda tubuh telah mendapatkan serat dalam jumlah yang cukup. Dimana serat merupakan salah satu nutrisi penting yang dapat membantu kelancaran sistem pencernaan dan menjaga keadaan usus agar tetap sihat.

5. Memudahkan Proses Kelahiran

Ianya termasuk tanaman jenis uterotonika yang dapat membantu meningkatkan kontrasi rahim sekaligus dapat memudahkan proses kelahiran.

6. Menurunkan Berat Badan

Sangat rendah kalori dan tinggi dalam serat, khasiat rebung yang berharga untuk mana-mana resipi, terutamanya bagi orang-orang yang cuba untuk menurunkan berat badan. Gentian membantu proses pencernaan, dengan itu ia mengurangkan selera makan dan peluang cirit-birit. Ia meningkatkan pergerakan usus, melancarkan pergerakan najis dan lain-lain.

7. Menurunkan Kolesterol

Khasiat rebung juga bermanfaat untuk menghalang kolesterol. Dengan mengurangkan tahap LDL dalam darah dengan ketara, pucuk ini melawan risiko penyakit jantung disebabkan kandungan kolesterol yang tinggi dalam saluran darah ke jantung.

8. Meningkatkan Sistem Imun Badan

Mengandungi vitamin A, vitamin E, vitamin B6, asam folat, thiamine, riboflavin, dan niasin. Rebung juga mempunyai mineral penting seperti zat besi, mangan, tembaga, kalium, fosfor, natrium, seng, magnesium, dan kalsium. Semua nutrisi tersebut sangat penting untuk meningkatkan sistem imun badan dan kekebalan tubuh.

9. Rawatan Untuk Demam Campak

Khasiat rebung ini telah terbukti untuk merawat demam campak lebih cepat daripada mana-mana ubat-ubatan lain. Untuk hasil yang terbaik, sup disediakan daripada rebung mesti dimakan dua kali sehari sehingga simptom reda.

10. Mengurangkan Risiko Kanser

Beberapa penyelidikan dan penelitian yang dilakukan pada rebung telah menunjukkan bahawa daun rebung memiliki kandungan pitosterol seperti flavon, amilase, dan klorofil. Klorofil yang terkandung dalam daun rebung menunjukkan sifat mengawal kanser. Selain itu, rebung juga mengandungi zat semulajadi fitokimia yang dipercayai dapat mencegah kanser dan mengurangi risiko pengerasan arteri.

Secara khusus, rebung juga mengandung lignan yang dapat melawan kanser, bakteria dan virus. Asid fenolik juga ditemukan di rebung yang memiliki manfaat antioksidan dan anti-inflamasi.

Dengan jumlah yang tinggi ciri-ciri antioksidan, khasiat rebung menyumbang ke arah mengelakkan risiko kanser usus besar.

Lain-lain khasiat rebung ialah dikaitkan untuk merawat keguguran rambut, gatal-gatal, pendarahan, katarak dan masalah mata yang lain, haid menyakitkan, sakit pundi kencing, jangkitan gonorrhea dan sakit sendi.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two − 1 =