Home All Pengetahuan Am Ini Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Cara Untuk Mencegahnya

Ini Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Cara Untuk Mencegahnya

4599
1
influenza A

Baru-baru ini tular di media sosial dan media massa tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Ada juga penularan berita tidak benar dengan mengatakan bahawa virus tersebut sama dengan kes pneumonia misteri di Wuhan, China.

Untuk pengetahuan anda, influenza A merupakan selsema dimana adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.

Influenza A

Virus Influenza A Bermusim

Akan tetapi, wabak yang disebabkan virus influenza A bermusim hanya akan menyebabkan demam selsema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi dan berpotensi lalu boleh menyebabkan kematian.

Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak bawah 5 tahun, wanita hamil, warga emas berumur 65 tahun dan ke atas, penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lain serta mereka yang memiliki daya tahan yang rendah.

Simptom-simptom jika anda didapati dijangkiti influenza A ini pula adalah demam, batuk, muntah, cirit birit, sakit kepala, sukar bernafas dan kelesuan. Jika anda atau ahli keluarga dapati diri anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital yang berhampiran untuk menjalani saringan influenza dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan anda di luar sana untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan influenza A ini. Anda haruslah memastikan tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, cuci tangan selepas batuk atau bersin dan pakai penutup mulut dan hidung.

Selain itu, anda juga harus hindari tempat awam dan sesak, dan jangan hantar anak ke pusat asuhan sekiranya terdapat kes influenza A serta anda harus dapatkan suntikan vaksin influenza. Jagalah kesihatan anda dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here