Ini Rupanya Kelebihan Menangis! Ruang Nafas Lancar, Degupan Jantung Kembali Normal…

Ini Rupanya Kelebihan Menangis! Ruang Nafas Lancar, Degupan Jantung Kembali Normal… | Siapa sangka rupanya menangis boleh menjadikan badan kita lebih sihat. Perkara tersebut didedahkan di laman Facebook Public Health Malaysia menerusi satu posting terbarunya.

Menerusi posting berkenaan, menangis dianggap sebagai respon biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan.

“Selepas menangis, bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.

kelebihan menangis

BACA: Inilah 9 Cara Atasi Anak Suka Berkepit. Pantang Letak, Menangis

“Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai antibiotik semulajadi,” kata pengendali akaun tersebut.

Menurut laman berkenaan, selepas menangis juga air mata akan mengalir ke rongga hidung, sekali gus ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar dan degupan jantung akan kembali normal

“Tangisan akan merangsang daya ‘parasympathetic’ yang membantu seseorang individu untuk bertenang.

“Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Bila mereka bangun perasaan akan jadi lebih tenang dan pernafasan lebih baik, hebatkan kelebihan menangis ni!

“Selepas menangis juga toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, kelebihan menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh,” katanya.

Walaubagaimanapun, menangis juga merupakan antara tanda-tanda masalah kemurungan.

“Dapatkan rawatan sekiranya anda menangis tanpa sebab yang jelas, menangis terlalu kerap dan menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas.

“Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2666620010294521

BACA: Biarkan Anak Menangis, Selagi Tidak Memudaratkan – Pakar

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × 2 =