Ini Resipi Mudah Lotus Cheese Cake Dijamin Sedap Tanpa Perlu Dibakar Yang Kini Jadi Kegilaan Netizen

Jika sebelum ini Dalgona Coffee menjadi kegilaan netizen, kini Lotus Cheese Cake pula menjadi pilihan. Lihat sahaja kek ini di mesti ramai sudah terliur dan ingin mencuba buatnya di rumah.

Oleh itu, ikuti sahaja resipi Lotus Cheese Cake perkongsian pengguna Facebook Liya Banks yang mudah tanpa perlu dibakar ini. Sudah bersedia untuk buat? Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk base:

125gm butter unsalted dan 15 hingga 20 keping biskut Lotus Biscoff.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk cream cheese filling:

400gm cream cheese, 125ml whipping cream, 2 sudu kecil gula aising, sesudu kecil esen vanila, dan 2 sudu besar Lotus Biscoff spread.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk topping:

190gm Lotus Biscoff spread dan biskut Lotus Biscoff yang dihancurkan.

Cara-cara membuat Lotus Cheese Cake:

1. Hancurkan biskut Lotus sehingga jadi semi fine dan masukkan dalam bekas serta dibiarkan seketika.

2. Kemudian, cairkan butter dalam pan dan masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi dalam butter yang sudah cair.

3. Gaulkan sehingga sebati butter dengan biskut tersebut dan masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik parchment paper.

4. Tekan biskut bits itu sampai betul-betul padat sebab base perlu kuat dan masukkan dalam freezer untuk sejam setengah atau sampai keras.

5. Sementara itu, sediakan cream cheese filling pula dengan pukul cream cheese sampai kembang.

6. Selepas itu, masukkan esen vanila, gula aising dan Biscoff spread dipukul sehingga sebati lalu dibiarkan seketika.

7. Pukul whipping cream sampai kembang dan satukan dengan campuran cream cheese tadi, lalu gaul sehingga sebati.

8. Cairkan Lotus Biscoff spread (190gm) itu dengan api kecil dan kacau sentiasa sehingga betul-betul cair dan biarkan ia sejuk selepas itu.lotus cheese cake Lotus Cheese Cake

9. Selepas base sudah keras, bawa keluar dari freezer, tuang cream cheese filling di atas base dan ratakan.

10. Masukkan ke dalam peti ais pada bahagian bawah dalam 3 hingga 4 jam.

11. Kemudian, keluarkan kek tadi dari peti sejuk dan tuang Biscoff spread yang dicairkan tadi ke atas cream cheese dan ratakan ia.

12. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam dan selepas itu keluarkan kek tersebut.

13. Taburkan lebihan biskut yang dihancurkan pada bahagian atas kek dan siap.

Mudah sahaja untuk buat kek ini. Semoga resipi ini memberikan inspirasi buat anda dan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Selamat mencuba!

BACA: Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan, Lebih Mudah Dan Confirm Sedap

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seven + fifteen =