Sedap & Sihat, Ini Resepi Pie Tee Ala-Ala The Chicken Rice Shop Yang Korang Patut Cuba!

Sedap & Sihat, Ini Resepi Pie Tee Ala-Ala The Chicken Rice Shop Yang Korang Patut Cuba! | Buat para ibu yang tak tahu nak masak apa untuk berbuka nanti, kami ingin mengajak korang semua untuk mencuba resepi Nyonya Kuih Pie Tee atau Top Hats ini.

Jika sebelum ini makanan tersebut boleh dinikmati di restoran, kini korang boleh cuba sendiri di rumah.

Pie tee ni ramai cakap agak leceh untuk membuatnya, tapi kalau dah terhidang di atas meja memang laju je masing-masing masuk dalam mulut. Yerlahkan dengan keranggupannya beserta pelbagai isi sayuran memang antara menu yang korang patut cuba![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Pie Tee

Pie Tee

Bahan-bahan Shell Pie Tee:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil air kapur makan
  • 1 cawan air
  • Secubit garam
  • Sebiji telur

Campur semua bahan dan whisk hingga tidak berketul. Panaskan minyak dan rendam acuan di dalam minyak panas sekejap. Celup acuan pai tee ke dalam adunan dan goreng.

Bahan-bahan inti:

  • Timun, Sengkuang, Lobak – disagat / hiris halus
  • Taugeh
  • Isi udang
  • Bawang putih dan Bawang Merah – ditumbuk
  • Minyak dan Garam

Tumis bawang, masukkan isi udang. Masukkan sayur-sayuran sekejap je. Perasakan. Angkat.

Bahan-bahan sos:

  • 8 tangkai cili merah – boleh tambah ikut kepedasan
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka
  • 4 sudu besar sos sos ikan
  • 1 cawan gula perang / gula melaka – ikut kesesuaian

Cara-cara penyediaan

https://www.facebook.com/sharifahaminah.albaiti/videos/2891785420870166/

Kisar semua bahan di atas kecuali gula. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masukkan gula. Kacau rata. Siap.(Psst.. jangan masak terlalu pekat, apabila sejuk sos semakin pekat

Sumber: Sharifah Aminah Al-Baiti

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × three =