Ini Panduan Beli Bateri Kereta Berkualiti, Nampak Semua Sama Tapi Sebenarnya Berbeza

Bateri kereta merupakan komponen yang sangat penting untuk kita menghidupkan kenderaa. Walaupun ia nampak seakan perkakasan kereta yang asas namun kalau ia rosak maka tergendalah segala perjalanan kita,

Dan bila perkara ini berlaku ia boleh membuatkan kita rasa sakit hati dan cukup jengkel sekali. Selain melakukan servis kereta anda juga seharusnya memeriksa kondisi bateri kereta dari semasa ke semasa.

Di pasaran pula terdapat pelbagai jenis bateri yang ditawarkan. Kadangkala agak memeningkan untuk memilah yang manakah benar-benar berkualiti dan tahan lama.

Pertama sekali anda perlu faham bahawa bateri kereta ada dua jenis iaitu bateri basah dan bateri kering yang sifatnya bebas selenggara.bateri kereta

BACA JUGA : Musim Hujan Tak Menentu Kadang Sampai Banjir! Elak Panik Kalau Kereta Naik Air & Ikut 6 Langkah Ini

PERBEZAAN BATERI KERETA BASAH DAN KERING

Buat pengetahuan anda sebenarnya kedua-dua jenis bateri ini adalah jenis bateri basah. Cuma apa yang membezakannya ialah satu memerlukan penjagaan ringkas atau low maintenance manakala satu lagi perlu kerap diperiksa paras air baterinya.

Di pasaran terdapat pelbagai tawaran jenama bateri yang boleh dibuka untuk isian semula air bateri. Kebiasannya, bateri low maintenance memiliki harga lebih murah. Tetapi yang lebih utama perlu diambil kira di sini adalah spesifikasi bateri yang ingin anda ingin guna.

PERHATIKAN SPESIFIKASI DARI KILANG

  • Terdapat beberapa spesifikasi yang perlu anda perhatikan sebelum membeli bateri.
  • Jenis: Lihat saiz bateri serta posisi terminal positif (L/R)
  • AH atau Amps Hour merupakan julat berapa jam bateri boleh tahan selama kereta tidak cas semula bateri.
  • RC atau Reserve Capacity pula indikasi jumlah minit bateri boleh bertahan dengan pelepasan 25 amp secara berterusan.
  • CCA atau Cold Crank Amps, amp maksimum yang boleh dikeluarkan secara berterusan selama 30 saat pada 0°F sebelum voltan susut kepada tahap tidak boleh digunakan.

INGAT!

Anda perlu memastikan bahawa pemilihan bateri baru tidak kurang dari spesifikasi asal dan kena pada bajet harga bateri kereta anda.

IKUT GAYA PEMANDUAN

Untuk anda yang memiliki kereta tetapi jarang digunakan atau bergerak pada jarak dekat sahaja, pilihlah bateri nilai AH/RC yang besar. Ini kerana ia tidak cukup masa untuk bateri dicas penuh. Jadi demi memastikan belian berbaloi dengan kadar harga bateri kereta.

Manakala jika kereta anda mempunyai sistem audio yang canggih pilihlah bateri yang amps besar. Tidak lupa bateri yang memiliki karakteristik penebat haba tinggi kerana cuaca negara kita yang panas.

PERHATIKAN TARIKH KELUARANNYA

Salah satu lagi faktor penting anda perlu ambil berat ialah memastikan anda beli dari stok yang tidak terlalu lama ditinggalkan di garaj dan stor kedai bateri kereta.

SIMPAN KAD WARANTI

Pada kebiasaannya setiap bateri akan datang bersama kad waranti selama setahun. Dan ada juga yang menawarkan gingga dua tahun. Jadipilihlah sebaiknya untuk kegunaan anda jika berlaku kerosakan dalam tempoh waranti.

Semoga perkongsian ini mampu membantu anda menjadi pengguna yang lebih bijak dan menjimatkan perbelanjaan untuk masa hadapan.

BACA JUGA : Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Cas Semula Bateri Kereta & Jumpstart Tanpa Bantuan Kereta Lain

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen − ten =