Ini Hebatnya Iron Philips Idaman Wanita Versi Jimat, Fungsinya Macam Harga Beribu Tu

Ini Hebatnya Iron Philips Idaman Wanita Versi Jimat, Fungsinya Macam Harga Beribu Tu | Dalam bab menggosok pakaian, yang buatkan mak-mak bahagia adalah mudahnya kerja-kerja menggosok. Sekali gosok, pakaian berkedut langsung licin.

Sayangnya, nak dapat kualiti gosokan yang macam itu kena keluar modal dekat ribuan ringgit. Sebab iron yang canggih macam itu, harganya memang tak kurang dari RM1000.

Mana nak cekau duit weh! Sebab itu, bila lelaki ini, Mohd Fairoz kongsi ada iron yang fungsinya macam iron beribu tu, dengan harga jimat.. mak-mak dah boleh start kumpul duit dari sekarang.

Main kutu, buat simpanan di maybank2u, simpan lebihan duit poket suami beri.. oh! itu semua antara idea untuk mak realisasikan impian beli iron idaman mak-mak ini.

Iron Idaman Ini Mudahkan Kerja Menggosok Mak-mak

Kata lelaki ini, “Tak perlu sampai beli harga beribu…hanya RM329 jer ( percuma iron board – ketika status ini dimuatnaik pada September 2018.”

Ya…ramai wanita terutama suri rumah idamkan iron yang memudahkan kerja meng’iron pakaian. Apa yang susahnya meng’iron ni ? Itulah engkau… tak reti gosok sendiri pakaian, kan dah tak tahu. Meh abang nak kongsikan pada semua.

Iron Philips GC3920 … tak mahal sampai nak bayar beribu. Fungsi hampir sama je dengan yang beribu tu. Temperature… TAK PAYAH SETTING. Kau gosok je… detect sendiri. Kain sutera ke… kain jeans ke… auto akan detect… kau gosok je terus. Semua jenis kain sesuai… boleh gosok. Tak payah risau.

iron Philips

Tak Perlu Buang Masa Tunggu Iron Panas.. Lecehkan!

2500W… memang cepat. Tak payah tunggu lama. Gosok terus iron ni akan panas ikut kesesuaian. Mudah kan kerja menggosok… takyah buang masa tunggu panas.

Gerenti takkan overheat atau burning kain. AutoOFF… kau tinggal lupa switch off, akan auto padam. Kau tinggal iron tu suiz on… iron tak panas dan burn iron board. Lain lain fungsi iron ni… kau google la atau tengok youtube.

BACA JUGA :: Kesan Hangus Pada Seterika, Hilangkan Dengan 3 Cara Mudah Ni

Abang tau orang pempuan ni ngidam yang iron Philips Elite tu harga 1.8k. Sebenarnya diorang bukan nak iron mahal camtu cuma diorang hanya tau iron tu je fungsinya menyenangkan kerja meng’iron.

iron Philips

Bezanya Dekat Tank Air Tu Je

Sekarang abang dah kongsi kat korang iron philips yang fungsi sama. Bezanya abang rasa kat tank air tu je. Iron yang ni tank nya kat iron. Jadi kecik kena kerap isi lah kalau gosok banyak kain. Takkan isi air pun malas… kalau malas elok benor le kau beli 1.8k tu beli iron. Memang dicipta untuk kau yang over malas. Kena bayar lebih skit untuk fungsi lebih.

Harga retails iron Philips ni tak silap abang RM470… tapi ada offer haritu kat Aeon, RM320 dapat iron board sekali. Apa lagi…gi la beli. Bijak skit berbelanja , banyakkan lakukan survey sebelum membeli.

Pun dah survey, di Lazada harganya masih lagi bawah RM400. Apa lagi mak-mak, dah boleh masukkan wish list ya.

Sumber/Foto : Mohd Fairoz

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten + 2 =