Home All Petua Tanaman Ini Cara Tanam Pudina Paling Menjadi & Cepat Hidup Anak Pokokpun Tak...

Ini Cara Tanam Pudina Paling Menjadi & Cepat Hidup Anak Pokokpun Tak Layu!

1140
0
Ini Cara Tanam Pudina Paling Menjadi & Cepat Hidup Anak Pokokpun Tak Layu!

“Katanya nak tanam pudina cuma cucuk ke tanah je. Tapi aku buat asyik layu… Lepas tu tak hidup pun. Macam mana cara tanam pudina yang betul sebenarnya ye?”

Musim-musim orang makin rajin menanam pokok dan berkebun ni, mesti ada je teknik-teknik tertentu yang dikongsikan untuk membantu tanaman lebih menjadi kan?

Ini salah satu posting menarik tentang cara tanam pudina yang dikongsikan melalui Facebook oleh Rina Kefele melalui Group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Memang menarik sebab menurut beliau dengan teknik cara tanam pudina ini, pokok pudina lebih kukuh dan cepat hidup.

Jom kita tengok perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.

BACA JUGA :: Tak Susah Pun Nak Tanam Daun Pudina Di Rumah. Guna Cara Hidroponik, Mudah & Menjimatkan!

CARA TANAM PUDINA PALING MENJADI & CEPAT HIDUP

Macam-macam teknik dan cara tanam pudina saya cuba, dan bagi saya inilah teknik yang paling menjadi. Memang pokok pudina tu tak layu langsung.

Tapi kalau kawan-kawan buat jadi layu janganlah salahkan saya pulak ye…Saya sekadar berkongsi pengalaman. Teknik ini saya ambil dari group Facebook ni juga, sebelum ni dia guna cara ni untuk tanam pokok sireh.

Bagi saya, dengan teknik ni pokok pudina lebih kukuh dah cepat hidup. Jadi saya pun nak kongsikan dan tunjukkan gambarnya satu persatu di bawah ini.

Semoga bermanfaat!

  • Saya petik dari pokok pudina dan ambil yang hujung-hujung dah berjurai.

  • Kemudian sediakan bekas dan tanah. Saya guna tanah hitam je.

  • Buang daun-daun yang bawah tu sikit dan simpulkan macam dalam gambar ni.

Buatlah beberapa banyak yang kita nak.

  • Tanam macam dalam gambar di bawah ni. Masuk dan timbus tanah je. Teknik ni akan buat pokok pudina tu jadi kukuh. Kalau disiram nanti taklah dia mudah lari.

  • Bila dah siap tanam, simpan tempat redup.

Cara Tanam Pudina

  • Yang di bawah ni saya tanam dah seminggu dah. Langsung tak layu. Dekat bawah tu ada takungan air. Saya tutup dengan kain sebab takut ada jentik-jentik.

  • Ini hasilnya lepas 2 bulan… Alhamdulillah dah merimbun.

Cara Tanam Pudina

Mudah kan?

Cara ini juga boleh digunakan untuk tanam sirih. Insha Allah cepat hidup dan menjadi tanamannya. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat kita semua.

Sumber :Group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri di SINI.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here