Home All Petua Dapur Ini 7 Cara Rebus Jagung Supaya Tak Liat & Kecut Bila Dah...

Ini 7 Cara Rebus Jagung Supaya Tak Liat & Kecut Bila Dah Sejuk

9536
0
rebus jagung
Ini 7 Cara Rebus Jagung Supaya Tak Liat & Kecut Bila Dah Sejuk 1

Ini Cara Rebus Jagung Supaya Tak Liat & Kecut Bila Dah Sejuk | “Alahai, tadi masa baru masak bukan main sedap lagi jagung rebus ni. Bila dah sejuk, jadi kecut dan keras pulak. Terbantut selera nak makan!”

Ingatkan rebus jagung ni simple je. Jerang air, bubuh jagung dan tunggu sampai masak. Tapi mesti ramai antara kita yang pernah jadi macam ni bila rebus jagung dekat rumah kan?

Pernah tak terfikir, macam mana orang yang berniaga tu rebus jagung elok, gebu, sedap je walaupun jagung tu dah sejuk?

Sebenarnya ada beberapa cara rebus jagung dan tips yang boleh kita praktikkan supaya hasilnya empuk, sedap dan tak keras walaupun dah sejuk.

7 TIP REBUS JAGUNG KENA TAHU!

1. TIP PILIH JAGUNG SEGAR

Mula-mula sekali masa nak membeli jagung, kenalah pilih jagung yang elok. Sedikit tips untuk memilih jagung adalah berdasarkan kelembapan dari daun dan batang jagung tersebut.

Daun jagung dengan kualiti baik biasanya memiliki daun yang berwarna kehijauan, segar dan tidak kering manakala warna batang bawahnya juga kelihatan segar dan tidak berwarna coklat tua.

Jagung segar yang dah dibeli jangan biarkan diluar sebab ia akan kehilangan kemanisan semulajadi jagung. Kalau belum nak masak lagi, terus simpan di peti sejuk.

cara rebus jagung

2. REBUS BERSAMA KULIT

Sebelum merebus, selalunya kita buangkan kulitnya dulu kan? Tapi tahukah anda, kalau nak dapatkan hasil rebusan jagung yang segar dan tak mudah mengecut, jangan tanggalkan semua atau botakkan jagung tu tau!

Sebaliknya, kerat hujung dan pangkal jagung dan cuma buang kulit yang tua saja. Tinggalkan sedikit kulit yang muda untuk melindungi isi jagung tersebut. Hasilnya jagung jadi lebih empuk dan lemak!

3. CARA REBUS JAGUNG AGAR EMPUK

Cara rebus jagung ni mungkin ada banyak versinya. Yang paling mudah, masukkan ke dalam periuk dan isikan air lebih kurang separas dengan jagung.

Kemudian biarkan air mendidih dan barulah masukkan jagung. Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) sekitar 5-10 minit sudah mencukupi.

cara rebus jagung

4. JANGAN BUBUH GARAM TERLALU AWAL

Jangan tambah garam semasa terlalu awal semasa merebus jagung sebab ia akan menyebabkan isi jagung menjadi keras, liat dan kecut bila dah sejuk. Seeloknya lepas jagung dah masak nanti baru taburkan sedikit garam halus.

5. TAMBAH SEDIKIT GULA

Semasa rebus jagung, boleh juga tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang lebih manis.

6. ELAK REBUS TERLALU LAMA

Ramai yang leka masa rebus jagung sebab ia takkan hangus. Tapi elakkan rebus jagung terlalu lama tau. Bila air rebusan dah nampak kuning, terus matikan api. Jika rebus jagung terlalu lama akan mengakibatkan jagung mengecut dan tak rangup.

7. SAPU BUTTER SELEPAS MASAK

Selepas jagung masak, bolehlah sapukan butter dan taburkan sedikit garam atau sedikit serbuk lada putih. Barulah rasanya bertambah lemak dan bau pun wangi! Ni lah selalu cara rebus jagung orang jual di pasar malam tu.

Ok mudah je kan? Siapa suka jagung rebus lain kali bolehlah cuba rebus sendiri di rumah. Lepas tu cuba ikut tips yang disenaraikan ni. Insha Allah jagung rebus lebih empuk dan sedap.

Kalau ada lagi tips cara rebus jagung yang anda nak kongsikan dengan kami, amat dialu-alukan!

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here