Home All Petua Tanaman Ini Cara Mudah Semai Biji Benih Sayur Supaya Cepat Bercambah

Ini Cara Mudah Semai Biji Benih Sayur Supaya Cepat Bercambah

1172
0
Cara Mudah Semai Biji Benih Sayur Supaya Cepat Bercambah

Ini Cara Mudah Semai Biji Benih Sayur Supaya Cepat Bercambah | Tak rugi berbudi pada tanah. Namun nak bercucuk tanam dan berkebun pun ada ilmunya. Buat yang baru nak berjinak-jinak semai biji benih sayuran rupanya antara tipnya lepas tabur, kena tutup dengan plastik dahulu. Barulah biji benih yang disemai cepat keluar dan bercambah.

Berikut perkongsian tip semai biji benih sayur yang dikongsikan oleh Puan Azita Nur sebagai rujukan;

“Cara saya nak semai benih pokok-pokok sayur, lepas ditabur dalam bekas, saya tutup dengan plastik, bagi wap panas dalam tu..wap tu bagi biji benih cepat keluar (bercambah).”

“Satu malam dah keluar. Ini sawi putih tunggu 2 daun baru pindah kan.”semai biji benih sayur

“Saya rendam dalam 1 jam setengah dalam air penggalak akar. Kalau tak ada pun tak apa.. rendam air beras je.

Ini pokok sup dan sawi saya. Sudah 3 kali saya tanam cara macam ni.

BACA JUGA: Teknik Mudah Tanam Sayur Sawi Gergasi, Memang Menjadi Mesti Puas Makan Sayur Lepas Ni

Sehari sekali saja siram. Siram pun jangan kuat-kuat guna Spray je kalau tak pokok patah. Sewaktu nak pindahkan kena berhati-hati. Ambil guna sudu kecik.

Letak bawah tempat teduh bila dah keluar benihnya. Buka plastik tu, spray saja dengan air basuh beras.

semai biji benih sayur

Jadi buat mak-mak yang baru nak berjinak-jinak untuk bercucuk tanam, jika semai biji benih, nak cepat keluar cambahnya pastikan tutup dengan plastik dahulu.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here