Home All Petua Dapur Ini Cara Buat Tauhu ‘Homemade’ Guna 3 Bahan Je

Ini Cara Buat Tauhu ‘Homemade’ Guna 3 Bahan Je

246
0
Ini Cara Buat Tauhu ‘Homemade’ Guna 3 Bahan Je 1

Selalunya kalau nak masak apa-apa, kita mesti beli bahan dekat pasaraya yang mana ia akan jadi rutin kita setiap minggu, untuk menambah barang-barang yang berkurang dekat dapur. Bagi yang suka masak sayur lemak atau pun berniat petang-petang nak makan tauhu sumbat dengan famili biasanya tauhu dibeli sehari sebelum tu.

Bukan apa tauhu biasanya tidak elok disimpan lama kerana cara penyediaannya tidak menggunakan pengawet jadi bahan makanan ini tidak seharusnya kita beli dan simpan. Sangat digalakkan untuk beli sehari sebelum nak masak.

Sememangnya bahan-bahan basah semuanya mempunya tempoh jangka hayat yang pendek. Sama juga dengan tauhu yang mana kita selalunya beli yang dah siap dekat pasar basah atau pasaraya, dan selalunya beli beberapa paket dan selebihnya akan simpan. Kadang kala kita terlupa nak guna tengok semula tauhu dah ada bau yang kurang menyenangkan sebab kita pun tak tau bila tarikh sebenar tauhu tu dibuat.

Kalau boleh buat sendiri mungkin lebih mudah, mana tahu berniat untuk berniaga tauhu sumbat atau tauhu bakar ke. Resepi dan cara telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin, apa yang tinggal nak buat saja. Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.

Alhamdulillah.. jadi juga tauhu keras kali ini. Buat sebelum ini tak jadi.. hahaha.. gembiranya hari ni!..

BAHAN-BAHAN:

  • 3kg kacang soya
  • 18 liter air
  • 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

CARA MEMASAK:

  1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
  2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
  3. Masak susu soya hingga mendidih.Ini Cara Buat Tauhu ‘Homemade’ Guna 3 Bahan Je 2
  4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.
  5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.Ini Cara Buat Tauhu ‘Homemade’ Guna 3 Bahan Je 3
  6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petakIni Cara Buat Tauhu ‘Homemade’ Guna 3 Bahan Je 4
  7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.Ini Cara Buat Tauhu ‘Homemade’ Guna 3 Bahan Je 5
  8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.Ini Cara Buat Tauhu ‘Homemade’ Guna 3 Bahan Je 6
  9. Ini Cara Buat Tauhu ‘Homemade’ Guna 3 Bahan Je 7
  10. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.Ini Cara Buat Tauhu ‘Homemade’ Guna 3 Bahan Je 8

Tip Tambahan

Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.

Kalau ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyak bila diperah.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here