Ini Cara Buang Topeng Muka, Jangan Dibuang Begitu Je Kontraktor Kutip Sampah Hadap Bahaya!

Ini Cara Buang Topeng Muka, Jangan Dibuang Begitu Je Kontraktor Kutip Sampah Hadap Bahaya! | BERHENTI! Sebelum anda dengan sewenang-wenangnya membuang topeng mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah, fikirkan nasib pakcik yang bertugas memungutnya.

Tahukah anda, berpuluh-puluh warga kerja kontraktor kutip sampah terdedah kepada risiko COVID-19 dengan tindakan anda membuang topeng muka tidak mengikut cara yang betul?

Apa tidaknya, kerja mengangkut dan memunggah sampah setiap pagi ke dalam lori mendedahkan mereka kepada pelbagai kuman, bakteria dan virus.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Walaupun topeng muka terpakai pada waktu pandemik COVID-19 tidak diklasifikasi sebagai bahan buangan berbahaya (hazardous waste material), ini tidak bermakna orang awam tidak perlu peka cara pembuangannya.

topeng mukaDemi keselamatan dan kesejahteraan awam, pembuangan topeng sepatutnya mengikuti prosedur yang mengelak penyebaran.

Apa kita kita ambil sedikit inisiatif melawat laman FB Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk mempelajari cara betul membuang topeng muka terpakai.

Sebenarnya ada lima langkah yang perlu diambil untuk mematuhi cara membuang topeng muka terpakai.

Langkah Pertama: Basuh dulu tangan anda.

Langkah Kedua: Tanggalkan topeng dengan memegang gelung atau telinga topeng tanpa menyentuh lapik luar atau dalam topeng.

Langkah Ketiga: Lipat topeng tanpa mendedahkan lapik ‘tercemar’ yang terkena bendalir dari mulut dan hidung.

Langkah Keempat: Bungkus dalam plastik atau kertas sebelum dibuang dalam tong sampah.

Langkah Kelima: Basuh tangan anda.

Mungkin cerewet dan sedikit menyusahkan – tetapi janganlah sikap acuh tak acuh kita membuang topeng terpakai membahayakan orang lain.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 − one =