Ilmu Hutan Yang Penting Bagi Mereka Yang Minat Aktiviti Hutan, Baca Perkongsian Pegawai Tentera Ni

Ilmu Hutan Yang Penting Bagi Mereka Yang Minat Aktiviti Hutan, Baca Perkongsian Pegawai Tentera Ni | Hutan. Bagi siapa yang menyukai aktiviti rekreasi dan riadah, hutan adalah tempat wajib bagi mereka untuk dikunjungi. Tidak kisah atas apa tujuan sekalipun, samada untuk jungle traking, berkhemah mahupun mencari air terjun. Sudah namanya minat, pasti akan dicari juga walau sesukar mana cabaran yang terpaksa ditempuhi.

Namun, bagi mereka yang bertugas sebagai tentera, hutan adalah tempat bagi mereka untuk menabur bakti menjaga kedaulatan tanah air negara. Di situ juga, mereka ditugaskan untuk beroperassi. Jika ada ahli keluarga yang pernah berkhidmat didalam angkatan tentera darat, pasti ada seribu macam pengalaman dan ilmu hutan yang dkongsikan mereka bukan?

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini yang juga seorang pegawai tentera. Dikenali dengan kisah kisah dan pengalaman yang sangat bermanfaat buat rakan rakan di facebook miliknya, Tuan Mohd Fitri baru baru ini kongsi kisah operasi hutannya yang pertama.

Setelah hampir lapan jam berjalan, dengan membawa peralatan dan perkakasan yang bertnya sememangnya berat, Mohd Fitri serta ank buahnya tiba di kawasan lapang, dalam hatiinya tempat tersebut sesuai untuk dijadikan tempat berkhemah.

Namun, setelah disiapkan khemah dan sebagainya, hatiinya berasa semacam perasaan yang tidak sedap. Macam ada yang tidak kena.

Ikuti kisah penuh di bawah.

KISAH ‘PENDUDUK’ HUTAN

Tahun 1998.
Waktu itu saya hanya berpangkat Leftenan Muda, umur baru 20. Anggota tentera yg dalam platun saya ada 30 orang, mereka semua lebih tua dan semua keras kepala dan sudah berpengalaman dalam tentera. Ini pula operasi hutan yg pertama pada saya. Bagaimanalah saya nak perintah dan kawal mereka?

Ketika itu platun saya, beroperasi di kawasan hutan di sempadan utara negara. Operasi ini selama 2 bulan. Setelah 2 hari selesai buat ulangbekal, awal pagi itu saya bawa seluruh platun saya bergerak ke dalam hutan dengan mengikut anak sungai sebagai panduan.

Bayangkan.. kami bergerak dengan peralatan lengkap, senjata, peluru dan bahan letupan serta peralatan peribadi, ditambah lagi dengan 14 hari rangsum makanan setiap seorang. Beratnya beg, tuhan saja yg tahu. Kami buat rondaan jarak jauh (RJJ).

Setelah 8 jam bergerak redah hutan dengan penat dan barang yg berat, saya arahkan semua berhenti dan berkhemah kerana keadaan hutan sudah mula gelap walau baru pukul 4 petang. Saya telah menilai kawasan itu dan dirasakan agak luas, selesa dan selamat untuk berkhemah ikut pelajaran tentera yg saya tahu.

Maka kami semua buat persiapan tempat tidur (pacak hammock), buat kerja dan pentadbiran ikut kumpulan seksyen masing-masing. Kami berkhemah di tepi anak sungai kecil yg luasnya hanya sedepa, cukuplah untuk mandi dan bekalan air untuk masak dan minum.

ilmu hutan

Tapi hati saya rasa tetap tak sedap, macam ada yg tak kena.

Saya panggil sarjan, dan minta dia tali perimeter. Saya sendiri buat ikatan tali perimeter dari pokok ke pokok sehingga jadi bulatan yg besar mengelilingi kawasan khemah kami. Dengan bacaan doa, ayat-ayat quran dan petua orang tua, saya hembus di tali. Saya arahkan semua anak buah saya jangan langkah keluar dari tali perimeter itu walau apapun jadi.

Malam itu ribut dan hujan amat lebat. Lepas hujan berhenti udara amat sejuk. Kami menggigil kesejukan. Kami tidur dengan zikir dan bacaan-bacaan yg belajar sebelum masuk tentera. Dalam tidur… Saya bermimpi didatangi seorang lelaki yg berusia, dia pesan suruh saya dan semua tentera bawahan saya, keluar segera dari situ esok, sebelum matahari lurus atas kepala.

Selalunya, kalau tentera sudah berkhemah di satu tempat, kami akan duduk situ buat rondaan kawasan itu selama 3-4 hari, sebelum bergerak dan pindah ke tempat lain pula… Ini yg buat saya jadi serba salah! Kami baru beberapa jam saja disini.

Pagi esoknya, saya minum pagi tepi khemah saya dengan termenung panjang. Saya panggil platun sarjan dan semua ketua seksyen, dan arahkan semua orang packing semula barang dan bergerak berpindah ke tempat lain yg jauhnya 6 jam berjalan kaki meredah hutan. Saya tidak cakap pada mereka sebabnya. Saya arahkan saja dengan tegas.

Sudah tentulah, semua anak buah saya buat muka masam dan mengomel nak melawan, sebab tak suka di arahkan begitu. Dengan keadaan mereka letih tak cukup rehat, dengan barang-barang yg dipikul masih amat berat.

Selepas sejam berkemas, kami bergerak masuk makin jauh dalam hutan diketuai oleh saya berjalan di depan..

Selepas 2 jam meredah hutan, tiba-tiba jururadio saya cakap yg dia tertinggal antenna di tempat kami berkhemah semalam.. Saya suruh dia dan ditemani 2 lagi orang lain ikut temani dia, patah balik ambil benda itu. Saya dan yg lain akan tunggu.

Beberapa jam saya tunggu, mereka tiba semula didepan saya… Ketiga-tiga mereka bermuka pucat! Mereka cerita, tempat yg kami baru berkhemah itu, sudah dihempap pokok balak sebesar 10 pemeluk!

Kalaulah kami tak bergerak tadi, rasanya ramai dari kami sudah mati terbenam bawah runtuhan pokok balak!… Sejak itu, anak-anak buah saya ikut saja arahan saya tanpa sepatah bantahan. Operasi itu kami teruskan selama 2 bulan.

____________________________________

Pesanan saya untuk pegawai dan anggota tentera. Serta kepada orang awam yang suka buat aktiviti hutan.

Hutan.. bukan tempat manusia, tempat tinggal banyak makhluk Nya.. Belajarlah ilmu hutan dan petua hutan dari sesiapa juga. Bukan belajar dalam askar saja. Walaupun beberapa tahun selepas itu saya dilantik menjadi Jurulatih Operasi Hutan dan Jurulatih Pakar Survival Hutan di PULADA, tetapi itu tidak cukup… Kena ada ilmu dan petua yg diambil dari luar tentera, akan menambah lagi ilmu yg sedia ada.

Disini saya beri sedikit ilmu hutan dan petua untuk masuk hutan/bukit/gunung. Ini ilmu hutan yang mudah ya..

Kalau sekadar ke hutan buat riadah, suka- suka atau nak ‘hiking’ .. Ingat pesanan saya, 5 perkara asas dalam ilmu hutan:

  1. Kalau tak mahir, ikut saja trek jalan yg mudah. Kalau baru mahir, jangan pula cuba cari susah.
  2. ‘Jungle is neutral. It can be your best friend, or can be your worst enemy.’
  3. Jangan buat kecoh bising macam beruk, dalam hutan lebih baik senyap seperti rusa.
  4. Apapun yg cantik menarik dalam hutan, itulah yg paling bahaya pada nyawa dan badan.
  5. Perhatikan dan sentiasa ingat dimana laluan air dan laluan haiwan. Dan ingat hutan juga ialah tempat tinggal makhluk yg bukan insan.

KEPADA YANG ISLAM, AMALKAN ILMU HUTAN NI:

A) Sebelum masuk hutan, bacalah sedikit apa – apa, contohnya (ini contoh saja ya) =

  1. Alfatihah
  2. Ayat Kursi
  3. Selawat kepada Nabi Muhammad 11 kali
  4. Baca 4 Qul (3 kali tiap surah), hembus di tangan, sapu dari kepala sampai kaki.
  5. Bagi salam pada Nabi Sulaiman, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir
  6. Beri salam pada malaikat 4 (jibril, mikail, israfil, izrail)
  7. Bagi salam di mulut pada roh diri sendiri, dan jawab sendiri dalam hati. Rasa nafas di hidung. Kalau lubang kanan hembus kuat, langkah kanan. Kalau kiri, langkah kiri. Lepas tu masuklah ke hutan.

B) Kalau tersesat, kalau jalan berpusing-pusing tapi sampai tempat yg sama. Atau tiba-tiba nampak jalan terbahagi dua tapi nampak macam sama, atau kompas berpusing-pusing.. Itu permainan makhluk halus dalam hutan:

  1. Cari kiblat (arah matahari terbenam) dan terus Azan.
  2. Baca a’uzubillahi minassyaitonirrojim 3 kali, ludah sebelah kiri.
  3. Baca bismillahillazi la yadurru… (sampai habis) baca 3 kali.
  4. Tengok di tanah, cari akar yg melintang jalan kita. Potong/patahkan akar itu ikut luas lorong hutan yg awak jalan.
  5. Baca surah wadduha 11 kali. Campak akar itu ke belakang awak, jalan terus ke depan, jangan pandang belakang. Teruskan berjalan kedepan cari jalan keluar.

C) Nak cari tempat berkhemah.. Selain tengok alor laluan air hujan, tengok juga tentang dahan reput, tengok arah kiblat dan arah angin.. dengar juga kawasan itu dengan bunyi serangga riang-riang. Kalau kawasan tu sunyi sangat, tak ada bunyi binatang atau riang-riang sekalipun, tak payah berkhemah situ. Situ ada kampung makhluk lain.

Akhir kata.. Dalam menjalankan tugas atau aktiviti yg melibatkan nyawa, ILMU HUTAN, PETUA, DAN IKHTIAR AMATLAH PENTING, jadi carilah dan belajarlah sebanyaknya. Sudah berilmu dan berpetua, selebihnya, takdir maut kita, serah pada kuasa Allah pula.
Ini ASAS yg paling mudah.

Terima kasih kepada tentera, saya berpeluang buat 17 kali operasi di seluruh Malaysia. Sekarang saya dalam proses nak bersara awal setelah 25 tahun bekerja. InsyaAllah, ilmu hutan dan pengalaman yg pernah dilalui akan saya kongsi pada sesiapapun yg sudi dan layak menerimanya. Semoga bermanfaat. Tamat.

Sumber Mohd Fitri

Kisah kisah dari Tuan Mohd Fitri kesemuanya sangat diminati oleh ramai netizen, termasuk kisah ini. Lihat apa kata pembaca selepas membaca kisah yang dikongsikan ini.

Mohd Faizal Moin berkata “Masuk hutan, jumpa tempat yang lapang, bersih, lawa, jangan buat khemah kat situ. (dalam hutan, tak ada orang rajin nak bersih hutan semak untuk Kita buat khemah, tu kampung mahkluk hutan)”

Gulai Ikan pula menambah “Alhamdulillah dapat ilmu serta panduan, hanya Allah sahaja dapat membalas segala kebaikkannya. Semoga Allah memberkati Tuan dan keluarga serta diberi keshatan yang baik. Aaminnn..”

Aminah Nordin pula berkata “Selama saya hidup ni tuan mase umur 48 tahun saya drive dgn anak becuti naik ke gunung jerai, demi Allah selama drive naik ke atas tu tak berhenti saya isthifar baca doa sebab saya dgr cerite macam macam, dah lah saya ni penakut giler dgn hutan, alhamdulillah sampai juga ke atas. pengalaman pertama naik gunung, hehehe. Tapi cerite Tuan memang terbaik dan ilmu yang Tuan kongsi, insya Allah boleh dijadikan panduan, terima kasih Tuan”

Faztlane Musa berkata “Allhamdulilah, Menarik Tuan, terima kasih kerana berkongsi ilmu, insyallah kalau harap tuan boleh berkongsi lagi pengalaman tuan”

Muslim Solihin pula berkata “Betul tu, haritu mase pergi hiking bukit mane entah, ade nampak spesies bunga ni yang memang cantik gile, baru nak sentuh, bunge tu pun bergerak, terkejut ya amat sebab sebenarnye ular”

Menarik bukan perkongsian yang dibawakan kali ini. Ternyata banyak ilmu hutan yang boleh kita perlajari.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three + nine =