Home Resipi Jom Buat Ikan Kembung Rebus Air Asam, Memang Syok!

Jom Buat Ikan Kembung Rebus Air Asam, Memang Syok!

1163
0
Jom Buat Ikan Kembung Rebus Air Asam, Memang Syok!

Jom Buat Ikan Kembung Rebus Air Asam, Memang Syok! | Menu ikan memang sebenarnya lebih sihat nak pula kalau dimasak secara rebus. Biasanya ikan sama ada di goreng rangup atau di masak dengan sambal memang menjadi menu utama.

Menu rebus biasanya lebih sinonim dengan makanan orang berpantang. Tapi sebenarnya menu ini sesuai je dijadikan menu harian orang biasa.

Salah satu jenis ikan yang sedap direbus adalah ikan kembung. Kemudian dimakan pula dengan air asam. Memang lain macam rasanya. Resipi ini sesuai untuk yang sedang berdiet. Sebabnya tiada minyak masak digunakan. Senang kata, ikan rebus adalah hidangan sihat.

Ikan kembung rebus air asam adalah lauk simple. Tapi sangatlah sedap. Rasanya pedas, cukup masin dan cukup menyelerakan. Nak masak lauk macam ni pun tak ambil masa lama.

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM

Ikan kembung rebus air asam

BACA JUGA: Begini Cara Sebenar Nak Buat Ikan Rebus ‘Original’ Yang Paling Simple Dan Dijamin Sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor ikan kembung
  • Garam
  • Asam keping
  • Seinci belacan bakar
  • Air asam jawa
  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1/2 biji cili besar (nak letak sebiji pun boleh)
  • 4 biji cili api (kalau suka pedas, lebihkan)
  • 1 biji limau kasturi

Ikan kembung rebus air asam

CARA MEMASAK

1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan asam keping
3. Angkat ikan dan ketepikan.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili besar dan cili padi.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.

Macam inilah rupanya air asam tu.

Lepas dimasukkan bawang dan cili, jadi macam ni. Siaplah air asam kita. Senang, kan?Selamat mencuba!

BACA JUGA: 7 Adab Memasak Nasi Cara Islam Yang Patut Diamalkan. Nasi Sedap Rezeki Diberkati.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here