6 Hospital Kerajaan Terbaik untuk Ibu Hamil

Antara persoalan utama bagi pasangan yang menerima berita kehamilan adalah di hospital mana yang mereka ingin lakukan pemeriksaan bulanan dan sekaligus mendaftar bagi tujuan bersalin. Jika anda masih mencari pilihan hospital buat cahaya mata anda yang bakal lahir itu, apa kata anda pertimbangkan salah satu daripada hospital kerajaan terbaik untuk ibu hamil ini!

Apakah yang membuatkan sesebuah hospital itu sebagai hospital kerajaan terbaik?

Sebelum kita melihat senarai hospital kerajaan terbaik untuk ibu-ibu yang hamil, apakah sebenarnya kriteria yang menyebabkan hospital itu dianggap sebagai hospital kerajaan yang terbaik? Sudah tentu, yang paling utama adalah kemudahan doktor-doktor pakar yang terlatih dan berpengalaman.

Ini merupakan kriteria utama yang patut kita berikan penekanan kerana dengan adanya doktor-doktor pakar ini di sesuatu hospital, keadaan pesakit lebih terjaga dan terjamin, terutamanya buat bakal ibu yang mungkin mempunyai komplikasi kehamilan.

Antara kriteria lain yang patut dipertimbangkan oleh para ibu mengandung sewaktu memilih hospital bagi pemeriksaan kehamilan atau bersalin adalah:

  • Lokasi hospital dengan tempat tinggal mereka
  • Peralatan pemeriksaan dan bersalin yang lengkap
hospital untuk ibu hamil, hospital untuk ibu mengandung, hospital untuk ibu bersalin, hospital untuk bersalin

Source: Pexels.com

  • Jururawat yang profesional, terlatih dan mesra
  • Kebersihan wad dan tandas
  • Sama ada suami dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin atau tidak

Sudah tentu, setiap hospital kerajaan itu berbeza dari segi kriteria di atas. Walaupun ramai yang masih mempersoalkan mutu layanan di hospital kerajaan, kami masih berfikiran optimis di mana usaha untuk menambah baik layanan pelanggan dan menaikkan mutu kebersihan dan keselesaan semakin giat dijalankan di hospital kerajaan. Dari segi perubatan dan kos, sememangnya hospital kerajaan jauh lebih lengkap dan berpatutan.

Senarai Hospital Kerajaan Terbaik untuk Ibu Hamil

Hospital Kuala Lumpur, KL

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Hospital Kuala Lumpur merupakan di antara hospital kerajaan yang terbaik di Malaysia. Mengapa? Jika anda hendak tahu, hospital bersalin HKL merupakan hospital utama yang menjadi rujukan hospital-hospital lain bagi kes bersalin berkomplikasi. Ia mempunyai ramai pakar O&G dan turut melahirkan pakar-pakar O&G bagi hospital lain.

Jadi, dari segi kepakaran doktor, hospital ini sememangnya yang terbaik! Jika anda mempunyai beberapa masalah kesihatan semasa mengandung, mungkin ini adalah satu tempat bersalin yang patut anda pertimbangkan!

Apa yang menarik perhatian adalah doktor-doktor di sini menyatakan bahawa mereka tidak akan sesekali menolak pesakit – semuanya akan cuba diterima dan dilayan dengan baik.

Hospital Selayang, Selangor

Lagi satu hospital yang terbaik untuk ibu hamil adalah Hospital Selayang. Ramai para ibu yang telah bersalin di hospital ini dan rata-rata berpuas hati dengan layanan dan kepakaran doktor di sini. Yang menariknya tentang Hospital Selayang adalah ia turut menyediakan program Full-Paying Patient (FPP).

Dengan skim ini, pesakit diberikan kemudahan untuk memilih doktor pakar yang mereka inginkan dan menikmati kemudahan kelas pertama. Lagi satu yang membuatkan hospital ini mesra ibu hamil adalah para suami turut dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin untuk menemani isteri mereka.

Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan

Walaupun sebelum ini hanya ada dua hospital sahaja yang berstatus FPP, kini terdapat beberapa hospital kerajaan di seluruh Malaysia yang menyediakan skim ini, antaranya Hospital Tuanku Ja’afar di Negeri Sembilan. Jika anda tinggal di Seremban dan mencari hospital untuk pemeriksaan dan hari bersalin anda, apa kata anda pertimbangkan Hospital Tuanku Ja’afar?

Rata-rata mereka yang telah bersalin disini memuji keselesaan wad dan bilik bersalinnya – serba baru katanya! Layanannya pun baik-baik belaka.

Hospital Sultanah Aminah, Johor

Antara sebab utama yang menyebabkan Hospital Sultanah Aminah menjadi hospital kerajaan terbaik untuk ibu hamil adalah kepakaran doktornya serta keselesaan bilik bersalin. Memang ramai doktor pakar yang sedia untuk berkhidmat di hospital ini.

Malah, kalau anda hendak tahu, setiap pesakit akan mendapat satu bilik bersalin. Setiap biliknya juga turut dilengkapi dengan penyaman udara. Memang selesalah kiranya untuk bakal-bakal ibu.

Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak

hospital untuk ibu hamil, hospital untuk ibu mengandung, hospital untuk ibu bersalin, hospital untuk bersalin

Source: Thestar.com.my

Hospital Raja Permaisuri Bainin di Ipoh, Perak juga merupakan antara hospital kerajaan yang terbaik buat mereka yang tinggal di sekitar kawasan Ipoh. Hospital ini mengamalkan konsep “Husband Friendly” di mana para suami dibenarkan untuk menemani isteri ketika melahirkan anak. Sebagai hospital utama di Perak, sudah tentu ia juga mempunyai ramai pakar. Malah, ia turut menempatkan pakar fertiliti dan IVF. Bermula 2017 juga, anda turut boleh menyertai skim FPP di hospital ini jika terasa ingin memilih doktor sendiri!

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Lagi satu hospital terbaik di Malaysia buat ibu hamil adalah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia merupakan lagi satu hospital mesra suami yang membenarkan mereka masuk ke dewan bersalin ketika proses kelahiran. Hospital ini merupakan hospital kerajaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Maka, tidak mustahillah jika di sini terdapat ramai doktor pakar yang mampu memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada anda! Cumanya, jika anda ingin menggunakan khidmat bersalin di sini, anda memerlukan surat rujukan terlebih dahulu.

Hospital Lain Yang Boleh Anda Pilih Ketika Hamil

Selain daripada senarai hospital utama di atas, kami juga ada menyediakan senarai hospital lain yang kami rasa masih lagi terbaik untuk ibu hamil di luar sana. Antaranya ialah:

hospital untuk ibu hamil, hospital untuk ibu mengandung, hospital untuk ibu bersalin, hospital untuk bersalin

Source: Hospitalsinmalaysia.blogspot.my

  • Hospital Serdang, Selangor – Ramai doktor terlatih, kemudahan perubatan yang lengkap, suami boleh masuk ke dewan bersalin
  • Hospital Putrajaya, WP – Skim FPP, kemudahan lengkap, wad yang selesa, suami boleh masuk ke dewan bersalin
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang – Skim FPP, layanan mesra
  • Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah – Doktor pakar, wad luas dan selesa, layanan doktor dan jururawat yang mesra
  • Hospital Raja Permaisuri Perempuan Zainab II, Kota Bharu – Skim FPP, mesra suami (boleh menemani isteri ketika bersalin)
  • Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu – Kemudahan doktor pakar, boleh memilih doktor, peralatan bersalin yang canggih, Skim FPP, suami dibenarkan masuk ke bilik bersalin

Kemudahan doktor pakar berserta kelengkapan perubatan lengkap dan canggih yang ada di hospital di atas ini sudah cukup memberikan keyakinan tentang kualiti perubatan di sini. Dari segi layanan pula, sudah tentu, pengalaman kita semuanya berbeza. Tidak ada benda yang sempurna. Yang penting adalah usaha untuk memperbaiki kualiti layanan pada masa hadapan.

Kalau anda mempunyai pendapat tentang hospital-hospital lain, kongsikan bersama kami. Tentu para ibu hamil yang lain ingin tahu lebih banyak lagi tentang hospital kerajaan yang ada di Malaysia ini.

Kredit: The Asian Parent

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eleven + 10 =