Resepi Hokkaido Baked Cheese Tart Durian Buat Sendiri Lagi Jimat, Puas Makan!

Resepi Hokkaido Baked Cheese Tart Durian Buat Sendiri Lagi Jimat, Puas Makan! | Hokkaido baked cheese tart durian memang sangat terkenal kerana rasanya yang kaya dengan cheese dan durian ditambah pula dengan kulit tart rangup memang kombinasi terbaik.

Harganya bagi satu biji tart lebih kurang RM6, tapi kalau anda teringin nak makan dalam kuantiti yang banyak untuk seisi keluarga, apakata anda cuba resipi mudah ini yang dikongsi oleh Azizi Zamani.

Hokkaido baked cheese tart durian. My favourite. Kalau beli mahal. Buat sendiri lagi puas.

Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Durian

BACA: Suka Makan Cheese Tart? Resepi Black Current Cheese Tart Ini Mendapat Share Tertinggi

Kulit Tart

  • 100 gm marjerin
  • 30 gm gula kaster
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 kuning telur grade B

Cara-caranya;

  • Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.
  • Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
  • Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.
  • Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  • Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
  • Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese tu

Filing Cream Cheese

  • 250 gm cream cheese
  • 200 gm isi durian
  • 40 gm mentega
  • 1 putih telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 kuning telur untuk sapuan
  • 120 gm dairy whipping cream
  • 60 gm gula kaster

Cara-Caranya

Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk.
Whisk di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.

Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanila. Kacau rata. Kalau berketul saya kacau pakai mixer hingga licin.

BACA: 7 Adab Memasak Nasi Cara Islam Yang Patut Diamalkan. Nasi Sedap Rezeki Diberkati.

Masuk kan dalam plastic piping dan fill dalam tart tu. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan lepastu sapu kuning telur.

Bakar dalam oven dengan Suhu oven 200°c selama 6 minit


#Selamat mencuba ye kawan2….

cheese tartSelamat mencuba!

Kredit: azizi zamani

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen − eight =