Home All Petua Kesihatan Diri 3 Bahan Ini Bantu Saya Hilangkan Sakit Kepala & Migrain

3 Bahan Ini Bantu Saya Hilangkan Sakit Kepala & Migrain

8263
0
3 Bahan Ini Bantu Saya Hilangkan Sakit Kepala & Migrain 2

“Aduh, ada tak cara nak hilangkan sakit kepala berdenyut-denyut. Nak buat kerja pun tak dapat fokus, dah lah nak siapkan cepat ni. Malasnya nak keluar cari Panadol. Ada tak petua atau cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat atau Panadol ya?”

Mesti situasi ini biasa dihadapi apabila pulang dari kerja atau selepas memandu pada jarak yang jauh atau lama. Sakit kepala yang minor biasanya boleh hilang sejurus selepas kita mandi dan ianya berlaku mungkin kerana persekitaran luar yang panas atau anda kurang tidur.

Apakah itu sakit kepala?

Sebenarnya, sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher. Sakit kepala terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder. Sakit kepala primer adalah disebabkan masalah yang tidak berkaitan dengan kesihatan seperti ketegangan, migraine dan lain-lain lagi, manakala sakit kepala sekunder pula berpunca daripada masalah kesihatan seperti tekanan yang meningkat dalam tengkorak disebabkan ketumbuhan.

Sebanyak 90% sakit kepala dalam golongan sakit kepala primer dan 10% dalam golongan sakit kepala sekunder.

Seterusnya, sakit kepala boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti sinus, migrain, sakit kepala akibat tegangan, migraine dan lain-lain lagi. Keempat-empat jenis sakit kepala yang utama ini mempunyai simptom-simptom atau ciri-ciri yang berbeza-beza. Ciri-ciri tersebut penting untuk dikenal pasti supaya rawatan yang betul dapat diambil.

Sakit kepala migrain pula berlaku apabila saluran darah di dalam kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. Kesakitan hanya berlaku di sesetengah kepala sahaja namun ia berkemungkinan akan merebak ke  seluruh bahagian kepala.

Kepala akan berasa berdenyut-denyut dan ianya berlaku secara perlahan dan ia akan menjadi lebih buruk selepas sejam atau lebih. Beliau berkata lagi bahawa, migrain biasanya menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan dan ia mampu berlarutan selama sekurang-kurangnya dua hingga empat jam apabila ianya berlaku.

Sakit kepala tertumpu berlaku dalam kalangan lelaki pertengahan umur. Sakit kepala tertumpu hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja dan kesakitan biasanya terjadi di belakang mata.

Sakit kepala tertumpu akan menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran dan ia akan berlaku selama lima hingga sepuluh minit. Kesakitan mampu menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur.

Sakit kepala disebabkan ketegangan pula biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja. Sakit ini mungkin akan berlarutan selama beberapa hari hingga beberapa minggu lamanya dengan masa lega yang singkat di antara serangan.

Memang rasa susah nak buat apa-apa bila diserang migrain mahupun sakit kepala. Salah satu penyelesaian termudah adalah dengan mengambil ubat tahan sakit. Namun, tak semestinya ia berkesan bagi setiap orang. Ada juga yang tak selesa mengambil ubat oleh sebab sedang mengandung dan sebagainya.

Maka, kami ingin kongsikan sebuah petua yang cukup mudah daripada Puan Hanisah Noordin untuk hilangkan sakit kepala dan migrain. Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya.

hilangkan sakit kepala, hilangkan migrain, sakit kepala

Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan salah satu petua yang biasa kami suami isteri gunakan sebagai ‘ubat’ sakit kepala. Buat pengetahuan semua, suami saya memang kerap diserang migrain. Kadang-kadang sampai ambil Panadol pun tak ‘jalan’.

Tapi, sejak menggunakan 3 bahan ini, suami dah lama tak ambil ubat untuk hilangkan sakit kepala. Dengan izin Allah, ia memang berkesan. Sekarang, di rumah kami sekarang tak ada lagi stok Panadol atau ubat hospital.

Bahan-bahan:

  • Air suam
  • Cuka epal organik
  • Madu asli

Cara-cara:

1. Campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Pastikan sudu plastik ya supaya zat madu tak hilang. (Sudu besi tak sesuai untuk madu.)

2. Baca selawat 3 kali dan terus minum. Seeloknya bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput sebab kuantiti asid dalam cuka epal ni agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw.

3. Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.

NOTA TAMBAHAN

Cuka epal memang rasanya masam dan tinggi asid. Tapi ia tak membahayakan tubuh. Setahu saya, bila di dalam tubuh ia berubah jadi alkali, seperti fungsi lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab ia mungkin boleh menjadi asid kalau dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.

Kalau nak beri kepada kanak-kanak, boleh kurangkan sukatan cuka epal daripada 1 sudu besar kepada 1 sudu kecil. Sukatan madu tetap sama. Menurut LiveStrong dan MomJunction, cuka epal juga selamat untuk ibu mengandung. Tapi pastikan ianya telah dipasteur dan disimpan pada suhu yang sepatutnya.

Apapun, jika simptom masih berterusan dan petua hilangkan sakit kepala ini tidak berkesan untuk anda, sila dapatkan rawatan susulan. Kalau ada yang was-was, boleh rujuk kepada doktor atau mereka yang lebih pakar.

*Petua hilangkan sakit kepala ini dikongsikan oleh Puan Hanisah Noordin melalui Facebook dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran.

Nota pecah palai : Apa pandangan anda? Kongsikan diruang komen fb atau blog. Sharekan petuaibu.com kepada rakan-rakan, moga kita beroleh kebajikan bersama berterusan 🙂

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here