Begini Cara Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning, Mudah dan Rasa Lebih Sedap!

Bagi mereka yang minat mi kuning, pastinya terbayangkan rasa kenyal dan enaknya mi goreng mamak atau pun mi goreng basah. Mi kuning ini memang sedap di masak pelbagai resepi. Kalau pergi kedai makan, menu mi goreng memang carta teratas jugalah kan!

Namunpun begitu bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca terbesarnya adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini.

Rasa kapur ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua. Sebab rasa kapur ni kadang kala tak kan hilang meskipun selepas siap di masak.

mi kuning[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapur masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Di hujung minggu nanti, mungkin ada yang ingin menyediakan Mi Kari, Mi Bandung atau juga Mi Sup.

Anda bolehlah mencuba petua untuk hilangkan rasa kapur pada mi kuning yang diberikan ini.

BAHAN-BAHAN:

  • Mi Kuning
  • Gula pasir

Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh

kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.

Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.

Selamat mencuba![/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 + 2 =