Anda Kepedasan? 7 Makanan Ini Hilangkan Pedas Dengan Segera

Anda suka makan makanan pedas kerana merasa lebih nikmat ketika makan? Tapi bagaimana dengan orang yang tidak tahan dengan pedas. Sebenarnya jika rasa pedas menyerang, kita sering mengulangi kesilapan yang sama dengan meminum air tetapi rasa pedas hanya hilang sekejap sahaja.

Ini kerana dengan meminum air akan mempercepatkan lagi rasa pedas merebak di dalam mulut anda. Jadi jangan minum air untuk menghentikan rasa pedas dalam mulut anda sebaliknya pilih 7 bahan di bawah ini untuk meredakannnya.

1. Produk Tenusu

Minum segelas susu atau yogurt untuk menghilangkan rasa pedas adalah pilihan yang terbaik. Di dalam susu terkandungi protien yang akan menghilangkan capsaicin dan mengurangkan haba pedas. Coklat susu juga boleh menghilangkan rasa pijar.kepedasan, petua hilangkan pedas, cara hilangkan pedas, makanan pedas, hilangkan pedas,

2. Minyak Zaitun

Dengan mengambil beberapa sudu minyak zaintun akan mencuci rasa haba pedas di lidah anda. Minayk zaitun mempunyai lemak yang dapat menyejukkan dari haba pedas.

3. Satu Sudu Gula

Manis dari gula sebenarnya akan meneutralkan haba dari makanan pedas yang dimakan. Gula akan menyerap minyak pedas dan ia akan menghasilkan rasa yang berbeza.

BACA JUGA: 4 Petua Elak Epal Lebam Lepas Dipotong

4. Manis Madu

Selain banyak khasiat, rasa manis semulajadi madu juga akan meredakan haba pedas pada lidah.

5. Mentega Kacang

Selalunya mentega kacang kita akan sapukan pada roti. Rupanya mentega kacang mengandungi kandungan lemak yang akan membantu meneutralkan rasa pedas. Jadi makan satu sudu mentega kacang untuk mengurangkan rasa pedas. Tetapi bagi sesiapa yang memiliki alergi pada kacang tidak boleh mengamalkannya.kepedasan, petua hilangkan pedas, cara hilangkan pedas, makanan pedas, hilangkan pedas,

6. Makanan Berkanji

Nasi dan roti adalah makanan asas bagi masyarakat kita. Nasi dan roti tidak akan meneutralkan rasa pedas tapi akan mengurangkan kesan haba pedas pada lidah. Dengan meresap haba pedas dan menghentikan rasa tidak enak di lidah.

7. Jus Lemon

Selain sedap diminum air lemon ia juga boleh meredakan rasa pedas pada lidah. Rasa pedas boleh di neutralkan dengan makanan yang berakali antaranya lemon. Selain lemon anda boleh memakan nanas dan tomato.

Jadi bila anda hendak makan makanan pedas sila pastikan salah satu remedi ini tersedia di samping anda. Ingat jangan terlebih makan makanan pedas kerana ia juga boleh memudaratkan kesihatan iatu berisiko mendapat penyakit buasir dan kanser kolon.kepedasan, petua hilangkan pedas, cara hilangkan pedas, makanan pedas, hilangkan pedas,

BACA JUGA: Petua Cepatkan Air Mendidih Bila Tetamu Datang Ke Rumah

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × five =