Ini Cara Untuk Hilangkan Kesan Karat Pada Lantai Atau Dinding

Ini Cara Untuk Hilangkan Kesan Karat Pada Lantai Atau Dinding | Jika barang keluli seperti tong gas, kotak besi, batang penyapu keluli dibiarkan dalam tempoh yang lama dan terdedah kepada udara lembap, ia akan meninggalkan kesan karat pada permukaan lantai. Sakitnya lah mata bila nampak kesan karat tersebut. Betul tak?

Selain itu juga, kesan karat tersebut boleh wujud secara semula jadi. Kebiasaanya, ia berpunca daripada tindak balas air pada permukaan konkrit. Biasanya ia berlaku pada bahagian paip air dan rekahan konkrit.

Dah macam-macam cara diguna untuk menanggalkan kesan karat tersebut. Kebiasaanya, cara paling mudah adalah dengan menggunakan asid. Tapi, kadah itu mengundang ancaman lain pula. Sebenarnya, ada cara yang lebih selamat dan mudah iaitu hanya dengan menggunakan lemon.

Cara Hilangkan Kesan Karat Besi Pada Lantai

Untuk cuci atau tanggalkan kesan karat degil pada lantai atau permukaan dinding, anda perlukan

Bahan-bahan:

  • Jus lemon
  • Cuka
  • Berus kasar
  • Botel semburan

Cara-cara:

  1. Cuci keseluruhan permukaan yang terdapat kesan karat denagn air bersih terlebih dahulu
  2. Perah lemon pada kawasan berkarat dan gosok atau sental seketika dengan menggunakan kulit lemon tersebut
  3. Biarkan selama 10 minit
  4. Berus permukaan karat yang telah diperah lemon tadi.
  5. semburkan sedikit cuka pada permukaan yang disental supaya sedikit basah. Ulang beberapa kali sehingga kesan karat hilang

hilangkan kesan karathilangkan kesan karatJika anda suka dengan artikel cara hilangkan kesan karat besi ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

BACA JUGA :: Semburan Homemade Hilangkan Karat Barang Dapur Hanya Guna Tiga Bahan Jer!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 + one =