6 Petua Hilangkan Cacing Di Bilik Air Yang Buat Kita Geli, Memang Berkesan!

6 Petua Hilangkan Cacing Di Bilik Air Yang Buat Kita Geli, Memang Berkesan! | Kadang-kadang ada cacing di bilik air ni muncul dekat lantai, ada pulak yang muncul dalam lubang tandas (tandas duduk).

Ada juga yang pandai menyorok dekat celah-celah jubin (tiles) tu. Sekali kita mandi, habis keluar semua cacing tu. Aduhh… Memang geli dan stres dibuatnya!

Selalunya orang yang duduk rumah bawah (landed) akan mengalami masalah ni sebab permukaan lantai tandas lebih lembab terutamanya bila hari hujan.

Bila kita simbah air, kejap lagi dia ada lagi. Jadi, apa yang patut kita buat sebenarnya? Jom tengok petua hilangkan cacing di bilik air yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

6 Petua Hilangkan Cacing Di Bilik Air Yang Buat Kita Geli

1. GUNA GARAM

Salah satu petua hilangkan cacing di bilik air yang popular, murah dan dikatakan paling berkesan adalah dengan menggunakan garam. Taburkan garam dengan kerap dekat bilik air dan lubang bilik air.

Boleh juga bancuh dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas. Simpan sikit air garam tu dan masukkan dalam botol spray. Kemudian spray kan ke dinding bilik air.

Buat setiap malam atau seminggu sekali, ikut pada kekerapan cacing tu datang. Bila buat selalu, insha Allah lama-lama nanti cacing tu tak datang dah.

2. GUNA PELUNTUR (CLOROX)

Selain guna garam, ada juga yang cadangkan guna clorox. Tapi kena hati-hatilah terutamanya yang ada anak kecil sebab bau clorox atau peluntur ni kan kuat.

Caranya siram seluruh bilik air dengan air biasa dulu dan kemudian spray bancuhan clorox ke seluruh kawasan lantai dan dinding.

3. GUNA CUKA

Selain guna garam atau peluntur, boleh juga cuba guna cuka untuk hilangkan cacing di bilik air. Caranya sama je. Semburkan atau curahkan cuka pada lantai dan dinding.


www.facebook.com/yatieimra

4. GROUT CLEANER

Satu lagi yang boleh kita cuba ialah pencuci lantai yang bagus. Kalau boleh ia dilabel sekali dengan grout cleaner.

Biasanya pencuci lantai jenis ni memang berkesan dan boleh hilangkan kotoran di celahan lantai dengan efektif berbanding pencuci lantai biasa.

cacing di bilik air

5. TUTUP LUBANG & CELAHAN MOZEK / JUBIN

Kalau kita dah cuba buat 4 cara di atas ni tapi masih tak berkesan, mungkin kita kena check tengok celahan mozek atau jubin (tiles) dekat dalam bilik air sebab mungkim ada mana-mana lubang yang menjadi ‘laluan masuk’ bagi cacing-cacing ni.

Antara cara paling mudah ialah simenkan antara celahan jubin atau mozek (grout) menggunakan simen putih.cacing di bilik air

Selain guna simen, boleh juga tampal celah mozek / jubin tu boleh guna bancuhan Sika215.

Dia macam plastersin, dan datang dalam 2 bahagian. Kita kena campurkan kedua-dua bahagian tu dan uli sampai jadi doh.

Lepas tu tampal dekat lubang yang nak seal tu. Sika215 ni berkesan untuk kawasan berair, ada waterproofing dan cepat keras berbanding simen. Rasanya sekarang ni pun dah ada jual grout filler yang mudah nak guna. Picit je kat celah-celah jubin tu.

6. CAT EPOXY

Cat epoxy ni pun salah satu cara untuk waterproofing lantai bilik air. Kalau alang-alang nak makeover bilik air, bolehlah gabungkan cara simen putih pada celahan tiles dan cat ni sekali untuk kemasan akhir.

Bukan saja hilangkan cacing, tandas pun jadi baru terus! (Kat bawah ni contoh cat epoxy, bukan promote ye.)

BACA JUGA :: Repair Lantai Tandas Guna Epoxy Paint Boleh Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!

BUAT LANTAI BARU JIKA MASALAH TERLALU SERIUS

Jika masalah terlalu serius dan cacing tak juga hilang walaupun dah cuba pelbagai cara, mungkin kita kena check balik cara pemasangan lantai di rumah.

Mungkin ada tukang yang buat rumah kita dulu ada tertinggal komponen waterproofing atau lapisan pelindung yang menyebabkan lantai terdedah pada lembapan hingga menyebabkan cacing ni membiak di bilik air.

Walaupun mengambil masa dan memakan kos, ia mungkin adalah jalan penyelesaian hilangkan cacing di bilik air jangka masa panjang yang terbaik untuk keselesaan dan keselamatan bilik air kita.

BACA JUGA :: Banyak Perkara Dilakukan Di Dalam Bilik Air, Tapi Inilah 8 Kesilapan Besar Yang Ramai Tak Sedar!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × one =