Cara Mudah Hilangkan Bau Najis Kucing Supaya Tidak Mengganggu Jiran Tetangga

Cara Mudah Hilangkan Bau Najis Kucing Supaya Tidak Mengganggu Jiran Tetangga | Ramai yang suka membela kucing kerana sikap kucing yang manja dan suka di belai malahan pelbagai lagi aksi kucing memberikan ketenangan kepada penjaga kucing.

Namun jika anda tinggal di kawasan bandar dimana kawasan yang kejiranannya bersebelahan dan dekat dengan halaman rumah anda membela kucing agak mencabar. Ini kerana jika anda tidak mendidik kucing peliharaan dengan betul masalah membuang najis di merata tempat akan berlaku.

Malahan jika anda tidak menjaga kebersihan sangkar, tempat makanan dan tandas kucing baunya bukan setakat menusuk ke hidung anda tetapi juga jiran disekeliling.

BACA: “Ramai Yang Ikhlas Bela Kucing, Tapi Takda Ilmu”, Gadis Ingatkan 7 Perkara Ini Sebelum Bela Kucing

TANGGUNGJAWAB PENJAGA KUCING

Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing harus tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing. Bila kucing dibela dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu diperhatikan.

Selain makanan, banyak lagi perkara lain yang perlu diambil perhatian seperti imunisasi kucing, jadual makan ubat, temu janji doktor, mandi kucing, menyikat bulu, melatih kucing untuk membuang di tempat yang disediakan dan sebagainya.

bau najis kucing

BACA: Nampak Remeh,Tapi Inilah Hukum Dosa Memelihara Kucing Yang Mengejutkan

Pemilik kucing harus bertanggungjawab dgn tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda alahan dgn kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang mengganggu ketenteraman awam.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud:

Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!

Apabila ditanya siapakah yg Baginda SAW maksudkan. Baginda menjawab seseorg yg jirannya berasa tidak aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.(HR Al-Bukhari & HR Muslim)

Tip Hilangkan Bau Najis Kucing

Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Caranya ialah letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yg sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelbagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.

Simpan sebotol minyak kelapa dara sebagai persediaan merawat kucing anda yang sakit. Minyak kelapa dara mempunyai banyak fungsi seperti melancarkn sistem pencernaan dan juga mampu bertindak sebagai antibakteria kepada kucing.

Minyak kelapa dara juga mampu untuk meningkatkan selera makan dan antibodi kucing. Anda boleh campurkan minyak kelapa dara ke dalam makanan kucing atau suapkan terus ke dalam mulut kucing.

Penulis asal norliza hani

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 + 14 =