Hilangkan Bau Makanan Yang Melekat Ditangan Dengan 5 Cara Ini

Hilangkan Bau Makanan Yang Melekat Ditangan Dengan Cara Ini | Mana lagi best, makan pakai tangan atau sudu? Sudah pasti la pakai tangan kan..tambah pula kalau ada gulai ayam, sambal belacan dan ulam-ulaman memang tak la nak guna sudu garpu.

Tapi, selalunya mesti akan tinggalkan ‘kenangan’ selepas kenyang makan. Samapikan kawan kat sebelah pun boleh tahu kita makan apa tengah hari tadi. Walaupun dah basuh beria-ria dengan sabun tadi tapi bau masih melekat.

Paling teruk bila kita cuba nak sorok bau tu dengan letak losyen atau pewangi, bukannya hilang pun malah bertambah teruk baunya.

Okay, disini kami ingin konsgikan dengan anda semua cara cepat untuk hilangkan bau makanan yang melekat pada tangan.

1. Gula

Ambil satu sudu gula kemudian gosokkan pada kedua-dua belah tapak tangan selama 3 minit. Bilas dengan air seperti biasa. Bau hilang tangan pun jadi lembut tau.

2. Cuka

Sediakan 2 sudu cuka dan gosokkan pada tangan, bilas dengan air biasa kemudian cuci semula tangan dengan sabun.

3. Limau

Ambil sepotong limau nipis ataupun lemon dan gosok pada tangan yang berbau tadi, bilas dengan air kemudian cuci semula dengan sabun. Pasti hilang terus bau.

4. Garam

Ambil satu sudu garam dan gosokkan pada tangan kemudian bilas dengan air seperti biasa.

bau makanan, bau makanan pada tangan, bau melekat pada tangan, bau kari pada tangan, bau hamis pada tangan, bau busuk pada tangan, bau melekat pada jari

5. Daun Selasih

Gosokkan 2 hingga 3 helai daun selasih pada keseluruhan tangan dan juga dicelah-celahan jari anda, selepas diyakini hilang semua bau cuci tangan dengan air seperti biasa.

Jadi lepas ni boleh la makan gunakan tangan tanpa rasa was-was lagi tanpa risau bau makanan melekat pada tangan anda. Pada yang bekerja dipejabat tu boleh spare kan gula atau garam je dalam laci, nanti boleh guna untuk cuci tangan.

Jika anda suka dengan artikel cara hilangkan bau makanan ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 + four =