Cara Untuk Hidupkan Enjin Guna Butang Push Start Dengan Betul

Cara Untuk Hidupkan Enjin Guna Butang Push Start Dengan Betul | Rasanya korang mesti pernah dengar atau pun terbaca pasal cara untuk hidupkan enjin kereta Push Start dengan betul. Tapi betul ke cara tersebut memang cara yang betul untuk hidupkan enjin kereta?

Kalau yang tak pernah dengar atau pun dah terlupa macam mana cara tersebut, Ini cara yang disarankan.

1) Tekan Butang Push Start Kali Pertama

Butang Push Start

BACA JUGA: Benarkah Cas Telefon Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

Masa ni korang dah ada kat dalam kereta dengan keyless yang tersimpan rapi kat dalam poket. Tanpa letakkan kaki korang kat brek, tekan butang Push Start. Ini membolehkan korang gunakan radio tanpa hidupkan enjin.

2) Tekan Butang Push Start Kali Kedua

Butang Push Start

Selepas tekan kali kedua, membolehkan korang nampak dan tengok simbol amaran yang ada kat dashboard kereta korang. Jangan lupa semak dan baca manual kereta korang untuk tahu apa simbol amaran yang keluar kat dashboard tu atau boleh baca kat sini. Mana tahu ada bahagian kereta yang perlu diservis atau ditukar alat ganti baru.

3) Tekan Butang Push Start Kali Ketiga

BACA JUGA: Musim Hujan Tak Menentu Kadang Sampai Banjir! Elak Panik Kalau Kereta Naik Air & Ikut 6 Langkah Ini

Tekan kali ketiga dan pastikan kaki korang dah tekan brek untuk hidupkan enjin kereta. Lepas tu boleh la gunakan kereta korang kalau takde apa-apa masalah kereta yang timbul.

Betul Ke Cara Ni Betul?

Belum lagi ada bukti kukuh yang boleh katakan cara ni betul atau pun salah. Tapi kalau cara ni nampak lebih cermat untuk menggunakan kereta, apa salahnya, betul? Korang mesti pernah terfikir dan terasa kasar bila masuk je kereta, terus tekan brek dan tekan butang Push Start. Kelam-kabut enjin kereta tu nak hidup.

Secara jujur dan logiknya, sebelum wujudnya teknologi butang Push Start, macam mana cara untuk hidupkan enjin dengan betul? Masukkan kunci kereta, pulas kunci sekali untuk tengok simbol yang keluar kat dashboard, lepas tu baru pulas kunci sekali lagi untuk hidupkan enjin kereta, betul? Sama gak la kaedah dan situasinya kalau gunakan teknologi butang Push Start.

Hari tu secara tak sengaja, lepas selesai je servis kereta menjelang Hari Raya, salah seorang pakar servis kereta di sebuah bengkel pengeluar kereta ternama pun siap pesan, nak hidupkan enjin kereta butang Push Start ni kena gunakan cara yang betul. Cara yang mana? Cara tekan butang Push Start sebanyak 3 kali tu la brader. Macam kat atas tadi tu.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × 4 =