Hentikan Trend Makan Pedas dan Makan Banyak, Keduanya Bahaya!

Setiap orang mempunyai selera berbeza dalam isu suka makan pedas. Kalau tiada masakan pedas, setengah orang kurang berselera untuk makan. Manakala sebahagian orang yang lain meleleh hingus, berpeluh dan merah muka apabila makan makanan pedas.

Kini, ramai orang di seluruh dunia berlumba-lumba menyertai cabaran makanan pedas dan adakalanya aktiviti tersebut dirakam serta dimuat naik di laman sosial secara langsung malah mereka boleh menjana pendapatan melaluinya.

Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi hantaran di Facebook beliau menyatakan bahawa, trend cabaran makan makanan pedas dikalangan pengemar makan pedas dan trend makan banyak dalam masa yang singkat adalah trend menjejaskan kesihatan.

Ini kerana cabaran sedemikian selalunya dibuat dalam masa yang singkat itu boleh menyebabkan sistem pencernaan terganggu.

makan pedas

MENGAPA MAKAN PEDAS DAN BANYAK TIDAK SELAMAT UNTUK PERUT ANDA?

Makan dengan gelojoh menyebabkan nutrien penting dalam makanan tidak dapat diserap dengan baik manakala makan diselangi minum air akan mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan perut kembung.

Ketika ini kita akan cenderung untuk makan dan minum lebih dari kapasiti dan perkara ini jika dilakukan secara berterusan akan menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi di mana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hati dan sendawa berasid.

Sebenarnya, gemar makan pedas tidaklah secara langsung melukakan perut. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan memburukkan lagi keadaan individu yang sudah sedia ada memilikinya. Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, buasir berdarah dan cirit-birit.

Keupayaan bertahan sesorang yang gemar makan pedas serta penerimaan tahap kepedasan tidak sama bagi setiap orang. Bagi mereka yang tidak biasa makan pedas sejak kecil, ia mungkin boleh memberi kejutan pada tubuh.

Makanan pedas sebenarnya boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan pengambilan makanan pedas yang tidak keterlaluan secara berkala mampu menurunkan gejala refluks gastroesofageal yang mempunyai simptom seperti pedih ulu hati dan dispepsia (seperti senak perut).

Oleh itu, makan makanan pedas adalah dibolehkan tetapi menu terlampau pedas haruslah dielakkan. Cabaran-cabaran makan banyak juga haruslah dihentikan kerana ianya memudaratkan. Sayangi perut anda. Semoga bermanfaat

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen + 13 =