Nak Hasilkan ‘Homemade’ Minyak Serai Wangi, Ikut 6 Langkah Mudah Ni!

Nak Hasilkan ‘Homemade’ Minyak Serai Wangi, Ikut 6 Langkah Mudah Ni! | Serai ialah rumput tropika yang tumbuh tinggi. Batang dan daun segarnya mempunyai bauan seperti lemon yang segar kerana ia mengandungi minyak pati, yang turut hadir sama seperti semasa mengupas lemon.

Keistimewaan serai wangi adalah kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumpun.

Minyak Serai Wangi

PENGGUNAAN Dalam Kesihatan Serai dianggap diuretik, tonik dan perangsang. Ia menggalakkan penghadaman yang baik, dan penyediaan serai dengan lada telah digunakan untuk melegakan masalah haid dan rasa loya.

Ia mendorong pengeluaran peluh, untuk menyejukkan badan dan mengurangkan demam. Ianya terkenal sebagai penghalau serangga (citronella) dan minyak patinya digunakan dalam menghasil minyak wangi.

Serai wangi ini juga dikenali sebagai Rumput citronella, Rush Sweet atau Demam. Ia adalah herba ajaib dengan beberapa nilai-nilai terapeutik dan kuasa penyembuhan.

Manafaat kesihatan serai merangkumi pelbagai ciri terapeutik dan tindakan penyembuhan dari herba ini, termasuk diuretik, antiseptik, analgesik, pengeluar angin, penenang saraf, galactogogue, tonik, sedatif, antidepresan, penghalang bakteria, penghapus kulat, antimikrobial, penurun panas badan, astringen, menghapus bauan busuk (deodoran) dan banyak lagi yang lain.

Yang pasti, faedah serai wangi diperolehi daripada kandungan yang sangat kaya dengan ubatan herba terutamanya antioksidan, beta karotena dan vitamin lain, sejumlah unsur-mikro (microelemen) dan lain-lain nutrisi.

Banyak masa tak hari minggu atau hari hari yang lain? Apa kata anda cuba buat sendiri minyak serai wangi. Menurut tuan punya asal resepi ni, minyak serai wangi ni boleh buat urut orang bersalin, melegakan sakit otot kiranya kebas atau lenguh. Bayi atau kanak kanak kembung perut pun boleh juga digunakan. Ianya juga bertindak sebagai antiseptik.

CARA BUAT HOMEMADE MINYAK SERAI WANGI

Bahan bahannya ialah:

  • 2 cawan Minyak kelapa (Kalau masak sendiri lebih wangi)
  • 1 cawan air
  • 7 batang serai wangi (Ambil sekali dengan akarnya dan daunnya. Bahagian akar tu yang bertombak ketuk bagi pecah)
  • 2 atau 3 ulas bawang putih (Ketukkan)
  • 15 biji lada hitam ketukkan bagi pecah.

Cara caranya ialah:

  1. Serai wangi dibersihkan dan potong.
  2. Ketukkan bahagian akar yang bertombak tu bagi pecah.
  3. Ketukkan juga bawang putih dan lada hitam.
  4. Campur semua bahan dalam periuk dengan air.
  5. Masak dengan api perlahan. Ambil masa dalam 1 jam lebih sehingga air kering.
  6. Sejukkan minyak dan boleh simpan dalam botol.

Sumber: Siti Rohani Naim Nani via Sempoi Media

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 1 =