Hak Hadhanah, Siapa Yang Layak Jaga Anak Selepas Bercerai?

Sudah tentu setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya tidak pernah mengimpikan penceraian berlaku. Tetapi kita semua boleh jangka, kes penceraian berlaku akibat pasangan curang dan masalah kewangan.

Apabila berlaku kes seperti ini, mulalah kedua-dua belah pihak tidak berpuas hati dengan hak penjagaan anak. Di Malaysia, penjagaan anak yang masih kecil yang belum baligh dan belum berupaya menguruskan diri dikenali sebagai hadhanah.

Untuk pengetahuan anda, mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, ibu adalah yang terbaik untuk mendapatkan hak menjadi penjaga dan menjaga anak yang masih kecil.

Umur yang dikategorikan bawah umur seperti anak yang berusia bawah 7 tahun untuk bagi lelaki dan bawah 9 tahun untuk perempuan. Jika anak melebihi had umur di atas, anak berhak membuat keputusan sendiri untuk memilih samada ingin tinggal bersama ibu atau bapa. Apapun tuntutan Hadhanah ini haruslah dikemukakan di Mahkamah Syariah.

Keputusan hak jagaan dengan mengambil kira kebajikan anak tersebut dari segi keselamtan, pendidikan, kesihatan dan paling penting ialah tempat tinggal.

Ini adalah susunan yang mengikut keutamaan hak jagaan anak.

  • Ibu
  • Nenek sebelah ibu dan ke atas
  • Bapa
  • Nenek sebelah bapa dan ke atas
  • Keutamanan akan diberikan kepada saudara sebelah ibu berbanding dengan saudara sebelah bapa berdasaran kepada rapatnya hubungan kekeluargaan itu.

Ada juga perkara yang menyebabkan hilang hak penjagaan ialah

  1. Jika ibu berkahwin lain sehingga menjejaskan kebajkan anak
  2. Jika ibu berkelakuan atau berakhlak buruk secara terbuka
  3. Jika ibu menukar permastautinan dengan tujuan mencegah bapa menjalankan pengawasan kepada anak
  4. Jika ibu murtad
  5. Jika ibu mengabaikan dan menganiaya anak itu.

Jadinya, seorang ibu yang paling berhak untuk mendapatkan hak jagaan anak selagimana tidak hilang kelayakan. Sebagai seorang ibu, jagalah hak anda, jangan sia-siakan tanggungjawab yang diberi. Berilah kasih sayang sepenuhnya kepada anak tersebut.

Sumber: Peguam Syarie & Perunding Syariah

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 + 11 =