Cikgu Ni Tunjuk Cara Hafal Sifir Dengan Mudah Dalam Sehari. Mula Dengan Sifir 2,5,10 & 11 Dulu

“Percaya tak, dalam sehari sebenarnya banyak sifir anak anak boleh hafal tau?” Itulah yang diberitahu oleh Cikgu menerusi salah satu posting terkini di Facebook beliau.

Sebagai ibu ayah, kita mesti risau kalau anak yang nak hafal 1 sifir pun ambil masa berbulan-bulan lamanya.

Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh dipraktikkan untuk hafal sifir ni. Yang penting cuma perlukan pantauan ibu bapa.

Jom tengok cara hafal sifir dengan cepat dan pantas yang dikongsikan oleh Puan Nurul Shazalina Zainudin ini.

CARA HAFAL SIFIR DENGAN MUDAH & PANTAS DALAM SEHARI

Syarat pertama nak anak belajar mudah hafal sifir ni, anak anak kena familiar dengan nombor. Maksud saya kena agak mahir buat operasi tambah dengan mencongak.

Kalau nombor pun jarang guna, memang susah nak hafal sifir sebab nombor itu adalah 1 benda asing buat mereka. Ok kembali kepada cara menghafal sifir. Ada 12 sifir yang perlu dikuasai pelajar. Sifir 1-12.

Sifir 1 tak perlu hafal, hanya perlu ajar bahawa apa apa darab 1 akan dapat nombor tu semula. Jadi tinggal 11 sahaja sifir yang perlu dihafal.

1. MULAKAN DENGAN SIFIR 2,5,10 DAN 11

Antara 11 sifir ni, boleh fokus 4 sifir paling mudah dulu, iaitu sifir 2,5,10 dan 11. Ok saya mulakan dengan sifir 2 ya.

Beri anak anak senarai sifir 2. Kalau boleh print yang cantik-cantik. Barulah anak-anak seronok sikit. Boleh guna yang saya berikan di bawah ni.

BACA JUGA :: Inilah 8 Petua Agar Anak Cepat Bercakap Beserta Doa Ibu Bapa Boleh Amalkan

2. BAHAGIKAN 12 BARIS SIFIR KEPADA 2

Ok bahagikan 12 baris sifir tu kepada 2, macam yang boleh tengok dekat hand out di atas. Supaya anak tak nampak banyak sifir tu.

Teknik yang saya akan share ni adalah teknik hafal jawapan sahaja (banyak lagi teknik lain, nanti ada masa saya share).

3. HAFAL 3 JAWAPAN BARIS PERTAMA DULU

Ok minta anak anak hafal 3 jawapan baris pertama dulu. Jika anak hebat menghafal, bagi hafal 6 baris pertama terus pun boleh.

4. GUNAKAN JARI

Ok sambil hafal tu wajib keluarkan jari. Contoh 1×2, keluarkan jari pertama menandakan itu untuk sifir 1×2.

2×2,keluarkan jari kedua.

3×3 keluarkan jari ketiga. Ini bertujuan bila anak dah hafal nanti, mereka boleh kira semula jawapan untuk sifir-sifir tertentu.

Ok contoh ya

1×2=2
2×2=4
3×2=6
4×2=8
5×2=10
6×2=12

Jadi minta anak anak sebut 2,4, 6 (sambil keluarkan jari pertama kedua ketiga).

5. ULANG

Kemudian ambil kertas sifir tadi dan tutup. Minta anak ulang semula. Jika berjaya, buka balik sifir hafal baris seterusnya. Iaitu 4×2=8.

Suruh anak tutup semula sifir. Dan lafazkan dari atas. 2,4,6,8. Jika cantik bacaannya, suruh anak buka semula kertas sifir, baca baris seterusnya. 2×5=10. Tutup semula kertas sifir dan baca dari awal. 2,4,6,8,10.

Ulang langkah ni sampai habis sifir 2×12=24.

6. SOAL

Lepas dah berjaya hafal sifir 2 mengikut turutan ini, tugas parents untuk tanya anak anak sifir 2 secara rawak

Ini untuk uji hafalan anak. Baru mereka akan melatih otak mereka untuk guna sifir tersebut. Bukan sekadar hafal mengikut turutan.

7. TERUSKAN DENGAN SIFIR SETERUSNYA

Tamat sifir 2, boleh teruskan sifir 5, 10, 11. Sifir sifir ini sebenarnya sekejap sahaja anak anak boleh hafal. Bila anak anak berjaya hafal 4 sifir mudah ni , beri pujian.

Haa, tengok. Kamu dah berjaya hafal 4 sifir. Hebatttt! Sebelum ni kamu rasa susah kan. Sebenarnya boleh je hafal. Kan? Biasanya lepas kita beri pujian begini, anak anak lebih semangat nak hafal.

Dan mereka dah tahu teknik menghafal dengan betul. Hafal satu satu, ulang dari atas. Insyaallah boleh.Buatlah sampai sifir 12.

8. BUAT LATIH TUBI SIFIR

Dah hafal sifir, wajib buat latih tubi sifir tau. Baru lah melekat sifir tu dalam kepala selalu. Dan parents ingat, kalau harini hafal, esok mungkin anak akan lupa. Itu normal.

Jadi tugas kita untuk remind anak hafal. Kalau dah pernah hafal sebelum ni tapi lupa, bagi mereka masa dalam 5-10 minit je bersama sifir tersebut, mesti hafal semula.

Sebab nombor-nombor tu dah ada dalam kepala mereka.

BACA JUGA :: Dapat Markah 99% Dalam Sejarah, Gadis Ini Kongsi Tip Belajar Yang Sangat Berguna & Mudah!

PARENTS MESTI ADA DENGAN ANAK SEBAGAI PUSH FACTOR

Kalau tak percaya, cubalah. Insyaallah anak anak boleh hafal sifir. Tapi wajib parents tunggu depan anak. Kejap je. Kalau takde masa, buat sehari 1 sifir pun ok.

Kalau tak tunggu bersama anak, memang anak takkan hafal. Sebab mereka tak fokus. Fikir itu ini. Dan tak ada push factor. Kalau bersama mereka, mereka akan semangat.

Dah hafal sifir banyakkan latih tubi ya. Pastikan anak anak hafal sifir, kalau boleh kurangkan guna kaedah magic atau short cut.

Sifir ni jantung matematik. Kena hafal!

90% peserta bengkel hafal sifir saya tempoh hari dapat hafal 12 sifir terus dalam masa tak sampai sehari.

MUDAH KAN?

Nanti komen di bawah jika anak anda berjaya hafal banyak sifir dalam sehari guna kaedah ni. Insyaallah memang boleh.

Dipersilakan share dan boleh print sifir ini. Saya harap semua anak anak hafal sifir.

*Tips hafal sifir ini dikongsikan oleh Puan Nurul Shazalina Zainudin, founder Genius Library Learning House.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 1 =