Ini Petua Supaya Gula Kuih Keria Tak Melekit Dan Keras. Rupanya Ini Caranya!

Ini Petua Supaya Gula Kuih Keria Tak Melekit Dan Keras. Rupanya Ini Caranya! | Bukan semua resipi yang kita cuba membuatnya menjadi seperti yang diidamkan.

Oleh itu, tidak mustahil kewujudakan sebuah group yang dikenali sebagai ‘Masak Apa Hari Ini Tak Jadi’. Selain berkongsi masakan yang tidak menjadi dimasak, ada juga yang berkongsi petua untuk mengelak masakan yang dimasak tak menjadi.

Menerusi facebook Cik Ima Zaimi melalui Masak Apa Hari Ini Tak Jadi, berkongsi petua untuk memastikan sira gula kuih keria menjadi dan tidak melekit.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

kuih keria

Kepada yang menghadapi masalah nak buat gula kuih keria supaya menjadi elok dan tidak melekit, boleh ikut petua ini. Nampak biasa je, tapi jika tak menjadi memang keras gulanya, sampai gulanya boleh melekat di gigi!

IKUTI PERKONGSIAN PETUA SUPAYA GULA KUIH KERIA TAK MELEKIT DAN KERAS

Walaupun ini group MATJHN, izinkan saya berkongsi cara macam mana saya buat gula kuih keria sampai jadi. Sebab dulu saya pun tak pandai. Berbelas-belas kali buat pun tetap tak pandai.

Nak makan kuih ni kena tunggu balik kampung jumpa mak untuk suruh mak tolong sirakan gula kat kuih ni sebab kuih ni memang kegemaran tapi mesti failed bab sira. Bila failed tu dia jadi melekit-melekit, keras, dan paling teruk kuih tu hancur sebab gula tu melekat antara kuih.

Sekarang, Alhamdulillah akhirnya jadi jugak. Dah tiga kali percubaan yang jadi sekarang. Tekniknya senang je bila dah faham. Rasanya ramai lagi yang expert kat sini buat gula kuih keria ni. Tapi izinkan saya yang baru pandai ni untuk berkongsi ye.

TIPS dia :- (UPDATED)

1. Jerang air tak perlu banyak. Cukup 1/2 cawan atau lebih sikit je (ni anggaran utk sira 30 biji)

2. Buat nisbah. Macam belajar masa sekolah hari tu.
🔹Siapa yang suka gula bersalut penuh boleh guna nisbah 1 : 2 . (Maksudnya, 1 sudu makan gula rata-rata je bersamaan dengan 2 biji kuih)
🔹Siapa tak suka gula banyak sangat boleh guna 1 : 3

3. Yang ni kena betul-betul ikut. Kena pastikan api kecik masa bagi gula mendidih dan berbuih-buih tu, dan pastikan buih-buih gula tu makin lama makin memenuhi kuali dengan size yang lebih kecil. Mula-mula buih-buih tu memang besar, tapi slowly dia akan penuh satu kuali, lagi halus, baru letak kuih.

4. Saya guna api slow sepanjang sira gula ni. Masa dah masuk kuih pun api masih slow, tapi kena keep on kacau kuih tu bagi rata gula. Sy start tutup api bila sy nampak gula kat kuih dah lekat-lekat (crystalized) sikit. Baru tutup api. Tapi masih kacau atas kuali sampai semua kuih bersalut gula.

LIHAT VIDEO

https://www.facebook.com/100009470474804/videos/pcb.984361162021757/2693792130946443/

Part letak gula tu ikut nisbah kuih masing-masing ye.

BACA: Panduan Tukar sukatan Gram Ke Sukatan Cawan, Senang Nak Buat Kuih-Muih!

GULA : KUIH

1 sudu makan : 2 biji kuih (ni mmg agak manis dan bergula kuih) Atau

1 sudu makan : 3 biji kuih. (Sedang2 gulanya)Air jangan banyak. Dan paling penting jangan lebih banyak dari gula. Tu yg selalu gula susah nak likat.

InsyaAllah jadi. Cubalah! Semoga bermanfaat untuk semua.

P/S: Pastikan juga kuih keria disejukan terlebih dahulu sebelum dicampur dengan gula keria.

Sumber: Cik Ima Zaimi

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × one =