Benarkah Garam Mampu Menghalau Makhluk Halus Ataupun Sekadar Mitos Jer!

Orang dulu-dulu selalu berpesan jika tak mahu rumah diganggu hantu atau syaitan, taburlah garam di sekitar pintu rumah. Percaya atau tidak mesti ada juga diantara kita akan mengikut dan mempercayainya.

Tapi benarkan garam mampu menghalau syaitan?

Jika dilihat dari segi saintifik syaiton memiliki ion negatif atau lebih dikenali sebagai elektromagnetik. Manakala garam pula mengandungi ion positif yang mampu meneutralkan ion negatif.

Oleh disebabkan itu ramai yang beranggapan bahawa bahan mentah yang sering digunakan dalam masakan ini boleh menghalau syaitan dan percaya syaitan yang terkena semburan garam itu akan berubah menjadi neutral.

Untuk pengetahuan anda, Rasulullah SAW tidak pernah menabur garam untuk menghalau syaitan ataupun hantu, melainkan untuk menghalau kala jengking di tangannya sahaja.garam halau makhluk halus, perubatan garam, khasiat garam, punca garam, manfaat garam, garam sebagai perubatan islam

Rasulullah saw menggunakan bekas berisi air dan bahan ini lalu merendamkan bahagian yang terkena sengatan kalajengking itu sambil membaca surah Al-Kafirun sehingga sakitnya hilang.

Sementara itu, untuk menghalang rumah dimasuki makhluk halus atau syaitan, Rasulullah saw hanya membaca sepotong doa sahaja iaitu;

“Barangsiapa yang membacanya diwaktu petang : “Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syaeun fil ardhi wa laa fis samaai wa huwas samii’ul ‘aliim” tiga kali, maka tidak akan terkena musibah sampai pagi, dan barangsiapa yang membacanya ketika pagi tiga kali, maka tidak akan terkena musibah sampai petang.” (HR. At-Tirmidzi)

Hadith yang kedua pula, Dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu jadikan rumah-rumahmu seperti kuburan, sesungguhnya setan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surah Al Baqarah.” (H.R Muslim).

Hadith yang pertama adalah berkaitan dengan perlindungan untuk diri manakala hadith yang kedua pula untuk menghalang rumah dari dimasuki syaitan dengan membaca surah Al-Baqarah.

BACA JUGA: 12 Sebab Mengapa Garam Bukit Lebih Baik Dari Garam Biasa

Nampaknya belum ada kajian dari segi saintifik mahupun autentik mengatakan bahawa bahan masakan ini boleh menghalau makhluk halus. Sebaiknya kita menjaga diri agar dekat dengan Allah SWT agar terlidung dari sebarang godaan syaitan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eighteen − 11 =