Jika Anda Gagal Membayar Ansuran Kereta, Jangan Lakukan 3 Perkara Ni

Tip Penting Jika Anda Gagal Membayar Ansuran Kereta | Menurut laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) banyak kes muflis dalam kalangan rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh masalah hutang kad kredit dan juga hutang kenderaan.

Menyedari akan perkara ini, Persatuan Keselamatan Pengguna menyediakan satu garis panduan penting buat individu yang tidak mampu untuk meneruskan bayaran ansuran kereta atau kenderaan jenis lain milik mereka.

ANDA BERMASALAH MEMBAYAR ANSURAN KERETA, JANGAN LAKUKAN 3 PERKARA NI:

Sekiranya anda terlibat dalam permasalahan seperti ini, anda dinasihatkan untuk tidak sesekali;

  • Menyerahkan kepada pihak ke-3 untuk sambung bayar/ skim sewa.
  • Menyembunyikan kereta daripada pihak bank untuk mengelak kenderaan ditarik.
  • Menjual komponen kenderaan dan sebagainya.

ansuran kereta

BACA JUGA :: Kalau Nak Beli Kereta Waktu Pandemik , Hadam 3 Tip Ni Dulu!

Jika anda melakukan salah satu daripada perkara diatas, maka pihak bank akan memasukkan nama anda dalam senarai hitam, CCRIS, dan anda akan dikenakan pelbagai denda serta caj upah tarik kereta, upah simpan stor dan banyak lagi.

Oleh itu, tindakan terbaik yang boleh dilakukan adalah anda disarankan untuk pergi ke bank terbabit dan menyerahkan kunci kereta anda kepada mereka.

Bank akan menyimpan kenderaan anda dan memberi tempoh selama 21 hari daripada tarikh penyerahan untuk dituntut semula.

Sekiranya anda tidak menebus balik dalam masa 21 hari tersebut, pihak bank berhak untuk melelong kenderaan anda dan hasil daripada lelongan tersebut akan ditolak baki hutang anda dengan bank.

Bakinya pula akan diserahkan kepada anda.

Untuk pengetahuan anda, pihak bank tidak boleh menarik kenderaan anda meskipun anda gagal membayar ansuran kereta sekiranya:

  • Finance sudah melebihi 75% kecuali dengan surat dari mahkamah.
  • Kereta anda berada di kawasan kediaman berpagar.
  • Pada hari cuti umum.
  • Selepas jam 9 malam.

Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK. Sekiranya agen penarik kereta datang lebih daripada seorang, kesemua daripada mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak untuk membuat laporan polis kerana membawa gangster.

Anda juga boleh membuat laporan polis kerana mereka telah menyalahi akta pengguna. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada mereka-mereka yang terlibat.

Jadilah pengguna yang bijak.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 − 11 =