Fungsi “Mirror Flip” Pada Setiap Kenderaan Yang Ramai Masih Tidak Tahu

Fungsi “Mirror Flip” Pada Setiap Kenderaan Yang Ramai Masih Tidak Tahu | TAHUKAH anda tuil atau suis cermin pandang belakang ialah ciri kereta yang paling jarang digunakan ramai pemandu? Sesetengahnya tidak tahu langsung fungsi suis mirror flip berkenaan dan menganggap ciri itu sebagai tidak penting.

Sebenarnya, suis mirror flip pandang belakang berfungsi untuk mengurangkan silau cahaya yang berpunca daripada lampu kenderaan di belakang tanpa mengira pencahayaan suluh rendah (low-beam) atau tinggi (high-beam), ataupun lampu kabus dan limpah.

Apakah anda tahu bagaimana melaraskan posisi cermin pandang belakang yang betul? Dalam keadaan normal, suis cermin pandang belakang mesti berada dalam posisi ditolak ke belakang (lihat gambar dibawah) sebelum dilaraskan kedudukannya supaya selari dengan cermin belakang.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA: Doktor Jelaskan Kenapa Kita Selalu Mengantuk Ketika Memandu

Mirror Flip Sangat Penting Ketika Pemanduan Waktu Malam

Jika memandu malam pula, anda perlu menarik suis cermin pandang belakang tersebut supaya permukaan cermin dapat dihalakan ke siling bumbung kereta (lihat gambar dibawah).

Cara begini dapat mengurangkan silau cahaya yang dinyalakan pemandu lain di belakang. Di bawah ialah contoh lain bagaimana melaraskan posisi cermin pandang belakang.

mirror flip

VIDEO

Mari kita lihat rakaman video di bawah tentang cara menggunakan suis cermin pandang belakang. Ya, selepas ini tidak perlu lagi mengamuk tidak tentu pasal kalau ada pemandu tiada sivik di belakang yang menyalakan lampu tinggi atau silau. Elakkan konfrontasi, beralahlah. Apakah dengan bergaduh atau melayan kerenah pemandu tidak berotak itu akan menyelesaikan masalah anda? Jadi, tekan pedal dan jangan stres!

1. LAMPU SULUH TINGGI

2. LAMPU SULUH RENDAH/NORMAL

Kredit: PanduLaju

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seventeen − 3 =