Elakkan Meniup Lilin Kek Ketika Sambutan Hari Jadi

Orang yang gemarkan makanan manis mesti suka menghadiri majlis hari jadi. Terbayangkan potongan kek mahal yang lembut, gebu dan cair di dalam mulut. Fuh, nikmat betul!

 

Pernahkah anda terfikir atau cuba membayangkan situasi ini : anda nak makan sepotong kek di kedai. Selesai membuat pesanan, pekerja kedai kek menghembus-hembus kek tersebut sebelum dihidangkan kepada anda. Adakah anda masih mahu makan kek itu?

Tapi mengapa pula kek yang ditiup semasa sambutan hari jadi anda boleh makan dengan lahap tanpa berasa geli sedikitpun? Tahukah anda, kajian terbaru mendapati kek yang telah ditiup lilinnya mempunyai bilangan bakteria yang berganda sehingga 1,400%?

tiup lilin kek, tiup lilin birthday, hukum tiup lilin, kebersihan kek, meniup lilin kek, elakkan meniup lilin kek

 

Keputusan kajian itu mendapati, secara purata, kek yang ditiup mempunyai 15 kali lebih bakteria pada aising berbanding kek yang tidak ditiup.

Rasa jijik kan? Tapi sebenarnya, walaupun kek itu telah disaluti kuman dan bakteria dari mulut orang yang diraikan, ia tidaklah membahayakan tetamu yang makan.

Menurut Profesor Paul Dawson dari Clemson University South Carolina, jika kek itu ditiup 100,000 kali pun, anda mungkin tak akan terkena cirit-birit kerana bakteria itu bukanlah berbahaya seperti E. coli, salmonella ataupun campylobacter.

output gg9ggx

 

Walau bagaimanapun, anda masih harus berhati-hati kerana kek itu mungkin dapat menyebarkan penyakit bawaan angin seperti demam selesema. Jadi, kalau dah nampak birthday boy/girl tidak begitu sihat, elakkan makan kek itu ya.

Apa-apa pun, Islam tidak pernah menggalakkan umatnya menyambut hari lahir dengan meniup lilin di atas kek. Malah, menurut sesetengah ulama, ia adalah perbuatan yang haram kerana meniru budaya orang lain.

Wek, tiba-tiba rasa nak muntah.

Rujukan: Journal of Food Research

BACA JUGA: Terlalu Menjaga Kebersihan Punca Imunisasi Anak Lemah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment