Home All Pengetahuan Am Fahami Sebab Ilmiah Disebalik Kepercayaan Mistik,Elakkan Keluar Rumah Pada 3 Waktu Ni

Fahami Sebab Ilmiah Disebalik Kepercayaan Mistik,Elakkan Keluar Rumah Pada 3 Waktu Ni

2021
0
Fahami Sebab Ilmiah Disebalik Kepercayaan Mistik,Elakkan Keluar Rumah Pada 3 Waktu Ni 1

Menurut kepercayaan mistik masyarakat dahulu kala, terdapat tiga waktu yang sangat dilarang untuk berada diluar rumah iaitu waktu maghrib, waktu tengah malam dan juga pada jam tiga pagi. Ini kerana terdapat roh, jin dan syaitan yang sedang berkeliaran pada saat itu.

Tahukah anda, bahawa di sebalik kepercayaan mistik ini sebenarnya terdapat beberapa penjelasan ilmiah yang boleh mengubah kepercayaan anda. Jom baca ni;

3 WAKTU DILARANG KELUAR DAN BERDASARKAN KEPERCAYAAN MISTIK

1. Jam 6.00 petang / Ketika Senja (Maghrib)

kepercayaan karut, waktu tidak sesuai keluar rumah, waktu jangan keluar dari rumah, dunia mistik, fahaman karut, kepercayaan mistik

Menurut orang tua-tua zaman dahulu, waktu maghrib ataupun lewat petang adalah waktu dimana banyak syaitan sedang berkeliaran. Menurut kepercayaan orang dahulu,jika ada anak-anak yang masih keluar bermain pada waktu tersebut akan diculik oleh pontianak ataupun sundel bolong.

Penjelasan Ilmiah : Sebenarnya, waktu menjelang maghrib adalah waktu dimana warna alam akan berubah menjadi warna merah. Ini kerana spektrum cahaya pada waktu ini mempunyai gelombang yang sama dengan jin dan syaitan. Gelombang ini merupakan dengungan suara atau bergetarnya sesuatu disebabkan oleh pengaruh gelombang elektromaknetik luar.

Oleh disebabkan itulah, tenaga jin dan syaitan akan menjadi lebih kuat. Jadi dinasihatkan adalah lebih baik berada di dalam rumah pada waktu tersebut.

2. Jam 12.00 Tengah malam

 

Mengikut mitos dulu-dulu, ramai orang akan cakap hantu akan berkeliaran bila menjelang tengah malam. Terdapat banyak cerita seram yang sama dari masyarakat dulu dan sekarang semuanya berkait dengan jam 12.00 tengah malam.

Penjelasan Ilmiah : Ini dapat dijelaskan secara ilmiah dimana waktu tengah malam adalah sama dengan kegelapan. Langit menjadi gelap dan hitam dan semuanya nampak seakan bayang-bayang. Ini membuatkan orang beranggapan jin dan syaitan akan muncul pada saat tersebut.

Selain daripada itu, tepat jam 12.00 tengah malam adalah saat bergantinya hari. Dimana pada waktu ini emosi manusia akan berada pada titik sifar. Disebabkan ini lah bayangan-bayangan misteri itu tidak dapat dielakkan kerana keadaan emosi yang rendah.

3. Jam 3.00 pagi

kepercayaan karut, waktu tidak sesuai keluar rumah, waktu jangan keluar dari rumah, dunia mistik, fahaman karut

Ini adalah masa dimana kebanyakkan manusia akan tidur dimana secara psikologinya disebut REM (Rapid Eye Movement) dalam tahap tidur seseorang. Ini juga adalah saat dimana manusia sedang bermimpi.

Penjelasan Ilmiah : Bagi sesetengah manusia yang lain mungkin ini adalah waktu kebiasaan mereka masih berjaga. Pada waktu ini kebiasaanya otak memproses persekitaran yang berbeza, kekuatan otak juga sedang menurun pada ketika ini tetapi badan dipaksa untuk terus berjaga. Ini akan menyebabkan anda merasai sesuatu di dalam badan atau dalam kata lain ‘sleep paralys’. Pada saat ini badan dapat merasakan seperti reaksi panik, halusinasi pendengaran atau visual.

Hal tersebut sering dikaitkan dengan kepercayaan bahawa terdapat roh jahat yang sedang mengganggu. Tetapi sebenarnya ialah kekuatan fikiran sendiri yang telah menciptakan syaitan dan roh-roh jahat itu supaya muncul.

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila gelap malam mulai merangkak, maka hendaklah kamu melindungi anak-anak kamu. Ini kerana sesungguhnya pada saat itu syaitan-syaitan telah bertebaran.

Apabila waktu Isya’ telah berlalu, maka simpanlah atau lindungi mereka dan tutuplah pintumu seraya menyebut nama Allah.

Padamkanlah lampu-lampumu seraya menyebut nama Allah, tutuplah bekas-bekas airmu seraya menyebut nama Allah dan tutuplah bejanamu meskipun dengan sebatang kayu.”

Hadis sahih. (Silsilah As Sahihah, no 40)

Dalam riwayat lain disebut:

“Hendaklah kamu melindungi anak-anak kamu menjelang Maghrib kerana pada saat itu bangsa jin menyebar dan menyambar.”

Dari hadis ini, ada banyak pelajaran yang boleh kita ambil seperti menutup tingkap dan pintu rumah dengan membaca Bismillah, menutup bekas-bekas air dan waktu utama syaitan dan jin keluar bertebaran.

Kanak Kanak Terdedah Kepada Gangguan Jin Dan Syaitan

Dalam aspek pendidikan dan keselamatan anak-anak, hadis ini memberi panduan kepada ibu bapa agar memastikan anak-anak kembali ke rumah sebelum masuk waktu Maghrib. Displin ini perlu dijadikan rutin utama dalam keluarga kerana ancaman jin dan syaitan kepada anak-anak terlalu besar untuk kita abaikan.

Anak Menangis

Pernah satu ketika, anak saya menangis tanpa henti dengan keadaan yang cukup pelik sepanjang malam walaupun telah selesai segala urusannya kerana saya membawanya keluar pada waktu Maghrib. Selepas berlaku peristiwa itu, saya serik dan memastikan sebelum azan, anak-anak mesti berada di rumah atau di tempat yang selamat.

Ancaman Kepada Bahaya

Tambah-tambah zaman sekarang di mana anak-anak terdedah kepada pelbagai bahaya di luar pada waktu malam yang sumbernya juga banyak datang dari jin di kalangan manusia.

Biarlah digelar kolot atau konservatif sekalipun, asalkan anak-anak kita selamat dari gangguan jin dan syaitan.

Ini adalah beberapa penjelasan ilmiah disebalik mitos-mitos dan kepercayaan mistik masyarakat dahulu. Jadi tak perlu lah terlalu rasa takut jika anda terpaksa berjaga pada waktu-waktu yang dianggap mistik ini ye.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here