Elak Kucing Kencing & Buang Najis Di Kawasan Rumah, Cuma Guna 2 Bahan Ni

Biasa berlaku di rumah kita, ada tempat-tempat yang jadi kesukaan kucing kencing atau pun membuang najis.

Kadang-kadang bukan kucing belaan kita pun tapi entah kenapa suka sangat jadikan depan atau belakang rumah ‘port’ mereka membuang. Sedia maklum bila kucing kencing ni baunya memang busuk kadang kala walau dah di basuh berulang kali bau hancing masih lagi juga ada.

Paling sakit hati apabila kita dah cuci bersih tapi tetap juga kucing kencing dan buang najis di lokasi yang sama. Tension kan.

Bagi korang yang dah tak tahan dengan bau najis dan kencing boleh cuba kaedah yang dikongsi oleh Ella Ahmad ini. Guna bahan yang ada kat rumah saja. Senang sangat!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk elak kucing kencing dan buang najis di kawasan rumah:

  • 7-10 titis cuka makan
  • 1/4 penutup pelembut kain
  • Air paip
  • Bekas spray

kucing kencing

Caranya:

  • Masukkan semua bahan dalam bekas spray dan goncang.
  • Sembur di tempat yang kucing suka kencing dan buang najis.
  • Sembur dua hari sekali, nak buat hari-hari pun boleh.

kucing kencing

Menurut Ella lepas gunakan petua ini, porch rumahnya dah bebas dari bau najis dan air kencing kucing. Selamat mencuba

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen + eleven =