Elak Jadi Beban Waris Jika Meninggal, Lelaki Saran Beli Insurans Khas Untuk Rumah & Kereta

Elak Jadi Beban Waris Jika Meninggal, Lelaki Saran Beli Insurans Khas Untuk Rumah & Kereta | Sebagai seorang suami, pernahkah anda terfikir, apa yang akan dialami isteri untuk urus harta pusaka yang anda tinggalkan sekiranya anda mati?

Semua sudah maklum bahawa untuk umat Islam, pembahagian harta pusaka akan mengikut hukum faraid yang mana harta itu akan dibahagikan ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti anak, isteri atau suami, ibu bapa, dan lain-lain mengikut pecahannya tersendiri.

waris
Kadar pembahagian harta secara hukum faraid kepada Waris

[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”KEMBALI KE ATAS”]

Tapi tahukah anda bahawa harta pusaka yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah dan hutang-hutang jenazah.

Antara hutang yang dikhuatiri menjadi beban kepada waris si mati adalah hutang rumah dan juga hutang kereta. Ramai yang tidak sedar akan perkara ini. Tak pasal-pasal kita sebagai waris terpaksa menanggung beban membayar hutang ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia.

Perkara ini bagaimanapun boleh dielak dengan adanya insurans khas iaitu Auto Life Insurance bagi kereta dan MRTA/MLTA untuk rumah.

Seorang pengguna Twitter dengan nama @FakeLecturer telah berkongsikan tentang Auto Life Insurance yang mungkin ramai tidak tahu

Buat yang tidak tahu, Auto Life Insurance adalah insurans khas bagi melindungi pemegang polisi (pemilik kenderaan) jika berlakunya kematian.

Ini bermaksud, jika pemegang polisi meninggal dunia, autolife akan menanggung hutang kereta selebihnya tanpa membebankan ahli keluarga pemegang polisi.

BACA JUGA :: Bagaimana Cara Waris Menuntut Harta Pusaka ASNB?

waris

Auto Life Insurance adalah tambahan insurans dimana pemegang polisi boleh memilih untuk menambah atau tidak sekali seumur hidup sahaja. Autolife insurans boleh diambil semasa membeli kereta baru yang mana ia diuruskan oleh pihak bank yang pemegang polisi buat loan kereta.

Bermakna, sekiranya pemilik kereta membeli insurans khas ini, bayarannya adalah sekali seumur hidup sahaja dan mengikut tempoh pembiayaan kenderaan tersebut.

Untuk rumah pun ada insurans yang sama yang dipanggil MRTA/MLTA.

Dalam rangkaian tweet-nya, @FakeLecturer turut berkongsikan sebuah situasi yang berlaku kepada seorang kenalan yang akhirnya telah mempengaruh dirinya untuk membeli insurans tersebut.

waris

Menafikan dia adalah seorang penjual insurans, lelaki berkenaan menyatakan tujuan dia berkongsikan tips ini sebagai maklumat dan informasi baru kepada mereka yang tidak tahu.

Bukan itu sahaja, dia turut menyarankan orang ramai agar bertanyakan kepada pihak bank untuk tahu tentang polisi terkini.

Susulan daripada tularnya tweet tersebut, beberapa orang warganet turut tampil membantu memberikan penerangan lanjut berkenaan insurans khas untuk kereta dan rumah itu

Ada juga sebilangan yang masih keliru perihal perkara ini telah mengajukan soalan mereka yang kemudian dijawab oleh mereka dalam kalangan warganet juga.

Berkenaan insurans khas rumah pula boleh baca penerangan pengguna Twitter dengan nama @zshafiq7 ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua terutamanya yang ingin membeli rumah dan kereta.

Ingat, jangan bebankan waris kita, tau![/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × five =