Inilah Amalan Doa Penawar Bagi Patah Tulang Atau Retak

Inilah Amalan Doa Penawar Bagi Patah Tulang Atau Retak | Patah tangan atau kaki mungkin agak ngeri didengar bagi sesetengah orang. Namun ia bukanlah perkara pelik untuk berlaku termasuklah kepada kanak-kanak atau dewasa jika tidak berhati-hati.

Puncanya mudah sama ada jatuh dari tempat tinggi, kemalangan jalan raya atau tergelincir.

Namun jika ia hanya melibatkan kecederaan kecil seperti jatuh tangga atau kerusi, kebanyakan ibu bapa akan mengambil enteng akan hal ini dengan memikirkan ia hanya kemalangan kecil dan hanya perlu diurut supaya bengkak itu surut.

Bagaimanapun tindakan tersebut salah kerana anda seharusnya membuat pemeriksaan x-ray terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan.

Rawatan Patah Tulang Secara Perubatan Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Surah Yasin banyak khasiatnya & diantara bahagian ayat2 ini sebagai penawar kepada patah tulang, retak tulang & lain2 berkaitan patah. Jika mengalami patah akibat jatuh ataupun yg aktif bersukan lasak seperti ragbi, bola sepak elok amalkan sebelum masuk padang. Baca selawat 3kali & ayat2 tersebut & sapu pada kaki atau seluruh badan supaya elak patah.

patah tulang, rawatan patang tulang, petua patah tulang, cara rawat tulang patah, petua rawat tulang patah

Amalan Semasa Patah Tulang Atau Retak

Bagi yg mengalami retak tulang & “Ostoeporosis” iaitu tulang rapuh terutama orang2 tua elok amalkan doa ini dimulakan dengan bacaan selawat syifa 1kali diikuti doa ini sebanyak 1kali & ditiup pada air & minum.

Lakukan pada waktu pagi sebelum sarapan pagi. Insyaallah jisim tulang tuan puan akan bertambah kuat. Selalu makanan yg banyak kandungan kalsium.

[78] Wadaraba lana mathalanwanasiya khalqahu qala man yuhyee alAAithamawahiya rameem

[79] Qul yuhyeeha allatheeanshaaha awwala marratin wahuwa bikulli khalqin AAaleem

Maksudnya: [Surah Yasiin: Ayat 78 dan 79].

78. Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?

79. Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)

Kanak-kanak yang patah tulang sama sekali tidak boleh mendekati dengan perokok kerana ia akan melambatkan pertumbuhan tulang dengan baik.

“Ramai yang tidak tahu bahawa nikotin adalah punca utama yang menyebabkan tulang tidak tumbuh dengan baik dan cepat, sebab itu si ayah yang merupakan perokok atau perokok di luar sana harus fikir keadaan sekeliling dan tidak mementingkan diri sendiri.

Saya amat berharap kepada pembaca untuk share doa ini supaya kita sama2 dapat mengamalkan doa ini ..

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.

BACA JUGA: Doa Nabi Muhammad S.A.W Sembuhkan Bahagian Tubuh Yang Sakit

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × two =