Dentist Palsu Makin Menjadi-Jadi, ‘Thailook Braces’ Trend Remaja Terkini

Dentist Palsu Makin Menjadi-Jadi, ‘Thailook Braces’ Trend Remaja Terkini | Gigi adalah merupakan salah satu penentu keyakinan dalam diri seseorang itu. Mempunyai gigi yang teratur dan kemas boleh membuatkan seseorang itu tampil yakin untuk berkomunikasi dikhalayak ramai.

Disebabkan itu, ramai yang membuat rawatan ortodontik dengan memakai pendakap gigi bagi membetulkan gigi mereka. Sudah semestinya rawatan pendapat gigi ini agak mahal kosnya kerana hanya dirawat oleh doktor ataupun pakar bahagian ortodontik sahaja.

Macam-macam bentuk ditawarkan dentist palsu, harga pulak lebih murah!

Sejak beberapa tahun lalu, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila ada individu-individu menjadi dentist palsu yang mula menawarkan servis pendakap gigi dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal.

Individu yang terlibat ini sudah semestinya tidak mempunyai kelulusan dalam bidang sewajarnya dan mereka ini menawarkan servis dari rumah ke rumah.

BACA: Sebelum Buat Rawatan Putihkan Gigi, Doktor Ini Kongsi Info Yang Kita Perlu Tahu

Lebih mengejutkan, kini terdapat satu trend pendakap gigi terbaru iaitu Thailook braces yang tidak diketahui status keberkesanannya dalam bidang pergigian.

Dentist Palsu

Khas buat doktor gigi haram…

Khidmat daripada doktor gigi tidak bertauliah ini dilihat begitu membimbangkan dan semakin menjadi pilihan remaja-remaja untuk mengenakan pendakap gigi dengan harga jauh lebih murah tanpa memikirkan kemudaratan yang bakal diperoleh.

 

BACA JUGA : 10 Kebaikan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

 

Berani betul diorang buat macam ni…

Sudah semestinya, ramai yang mengecam individu sama ada pelanggan ataupun pelaku yang menawarkan khidmat ini kerana secara terang-terangan ia sangat membahayakan kepada si pemakai.

Trend tali getah dari mana ni?

Gigi dah lawa pun terkejar2 nak pakai braces!

Nak mengejar trend jangan sampai membahayakan nyawa sendiri! Ingat tu!

Sumber: Twitter.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

13 − 8 =