Dekor Rumah Sewa Papan Hanya Guna Barang Kedai RM2, Hasilnya Simple & Kemas!

Dekor Rumah Sewa Papan Hanya Guna Barang Kedai RM2, Hasilnya Simple & Kemas! | Bila bercakap je berkenaan perkara menghias rumah, pastinya anda terus terfikir untuk menggunakan khidmat interior designer disebabkan cara kerja mereka dan hasil yang dijanjikan.

Tetapi dengan keadaan sekarang yang sedang melanda negara kita, pastinya jika anda mahu menghias rumah anda perlu melakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat seseorang.

Berbeza dengan orang lain, perkongsian Amiereo Adipati dilaman Facebooknya berkenaan hiasan rumah berjaya menarik perhatian ramai. Ini kerana rumah yang dihias itu merupakan sebuah rumah kampung.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA: Dekorasi Bilik Tidur Dengan Bajet RM600, Siap Dalam 2 Hari!

Walau hanyalah penyewa di rumah tersebut, tiada alasan untuk dia dekor rumah sewa tersebut sehingga kelihatan sangat cantik. Yang menarik lagi, rumah itu dihias dengan bajet yang rendah dan hanya menggunakan barang barang dari kedai RM2, kedai barangan DIY dan Shopee.

DECOR RUMAH SEWA PAPAN BERUBAH WAJAH

dekor rumah sewa

Hanya lah pada awalnya sebuah rumah papan yang biasa, penghuni ini berjaya dekor rumah sewa dan mengubah wajah rumah tersebut kelihatan cantik dan selesa untuk dihuni. Bajet yang digunakan hanya bawah seribu ringgit, pemuda ini membuktikan tiada yang mustahil untuk merealisasikan rumah idaman dengan bajet yang rendah.

dekor rumah sewa

Siang tadi sementara menunggu waktu berbuka. Kita kemas apa yang patut, nak raya kan, puasa baru dua hari dik. 4 bulan dulu masa mula2 menyewa rumah ni sangat sangat teruk, memang menangis dalam hati.

Ramai kawan kawan yang kurang setuju bila saya nak menyewa rumah ni tapi nak buat mcm mana takda pilihan. Kebetulan keadaan sangat mendesak sebab tempat saya menyewa dulu telah dibeli oleh seseorang.

dekor rumah sewa

Hanya ada masa seminggu je untuk pindah, dengan keadaan kewangan pun kurang, lagi pun sewa rumah ni kira mampu lah utk saya.

Takda lah mahal sangat tapi tak kan kita nak duduk dlm keadaan mcm tu kan, stress bak hang. So kita touch up sikit sikit bagi lawa, dekor rumah sewa tu ikut modal pun tak berapa ada sgt. Aircond tu ambik kat kedai lama.

dekor rumah sewa dekor rumah sewa

Walau pun guna barang barang diy, kedai Rm2 dan cowboy je untuk dekor rumah sewa mi, lampu gantung tu beli kt shopee murah, budget uolzz. Lagi pun rumah sewa kan, kerusi pulak ambik kerusi lama, lebih 30 thn dah ambik kat rumah arwah mak.

Just spray putih, langsir beli kat kamdar time promsi rm2.80 semeter. Ikut kan modal cat ada lah dalam rm300. Jumlah keseluruhan bawah seribu sebab saya beli sikit sikit.

dekor rumah sewa

“Kami tak kaya tapi kami ingin hidup selesa”…
Walau pun raya tahun ni tiada acara kunjung mengunjung covid 19 masih berluasa…ingat stay at home. duduk rumah jgn merayau jgn melilau..kita jaga kita..

dekor rumah sewa

dekor rumah sewa

RUMAH BERSIH FIKIRAN LAPANG OTAK TENANG…

Sumber : Amiereo Adipati

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × 1 =