Home All Petua DIY Cara DIY Dehumidifier Untuk Elak Almari Berkulat, Cukup Mudah. Lepas Ni Ibu-Ibu...

Cara DIY Dehumidifier Untuk Elak Almari Berkulat, Cukup Mudah. Lepas Ni Ibu-Ibu Tak Stres Lagi!

4617
2
Cara DIY Dehumidifier Untuk Elak Almari Berkulat, Cukup Mudah. Lepas Ni Ibu-Ibu Tak Stres Lagi!

Buat DIY Dehumidifier Ni Elak Almari Berkulat, Cukup Mudah. Lepas Ni Ibu-Ibu Tak Stres Lagi! | Kesan bintik-bintik kulat sering berlaku pada perabot dan almari di rumah kita. Kadang-kala geram juga bila kesan kulat ni mula timbul pada buku-buku yang terdapat dalam almari.

Perkongsian saudara kita, Bijen Mohd, mengenai masalah almari berkulat ini menarik untuk kita baca. Paling menarik perkongsian dan petua yang digunakannya untuk serap semua air amatlah mudah. Guna bahan simple saja. Jom cuba!

Ehem! Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY. Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari berkulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya. Lainlah kalau rumah korang standard rumah orang kaya pakai perabot jati, cengal, meranti saja. Heh

almari berkulat

Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.

Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.

Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.

Cara termudah untuk mencegah almari berkulat adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?

Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.

Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat
koleksi.

Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air
yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.

Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!

3 Barang Yang Diperlukan Untuk Elak Almari Berkulat

almari berkulat

Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silika dengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing. Kah!

Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang  dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan cepat.

Saya beli sepeket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik.

almari berkulat

1. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya. Kristal yang dah siap dipek. Bekas dadih boleh, bekas kek coklat moist boleh, bekas lada sulah pun boleh.

2. Jangan lupa tebuk lubang di penutupnya untuk kesan optima. Gunakan saja pin. Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat.

almari berkulat

3. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah. Janji tiada lagi masalah almari berkulat bila korang buka semula tempat simpanan tu!

4. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?

Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan almari berkulat lepas dah bersihkan semua kulat tu.

Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula bhai. Jimat belanja!

Okeylah! Korang layan dulu gambar-gambar cara nak buat dehumidifier DIY ni. Moga-moga, korang dah tak dihantui lagi oleh almari berkulat yang menyeksakan hidup ni. Haha!

Kredit: Bijen Mohd

TERUSKAN MEMBACA

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here