Ramai Tak Tahu Daun Ini Boleh Rawat Batuk, Demam Dan Masalah Pencernaan. Begini Caranya…

Daun thyme adalah satu di antara rempah yang dapat dipakai sebagai hiasan atau bahkan juga pemberi rasa serta aroma khas pada makanan. Thyme nyatanya juga memberi khasiat kesihatan pada tubuh.

Sekarang ini thyme banyak dipakai oleh beberapa orang sebagai minuman teh. Tanaman ini bila di buat teh, bakal menolong pencernaan serta menangani gejala demam.

Thymol yang ditemui dalam thyme adalah salah satu minyak pati yang secara saintifiknya mengandungi ciri-ciri antiseptik dan antikulat. Minyak meruap lain yang terdapat dalam thyme termasuklah carvacolo, borneol dan geraniol.

Thyme mengandungi banyak antioksidan flavonoid fenolik seperti zeaxanthin, lutein, pigenin, naringenin, luteolin dan thymonin. Herba thyme segar memiliki salah satu tahap antioksidan tinggi di kalangan herba-herba lain.

khasiat Daun thyme , manfaat Daun thyme, kebaikan Daun thyme, teh Daun thyme, petua gunakan Daun thyme, Daun thyme untuk batuk, Daun thyme untuk pencernaan

Ia juga dikatakan kaya dengan mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan. Ðaunnya penuh dengan sumber potassium, besi, kalsium, mangan, magnesium dan selenium. Potassium adalah komponen penting bagi sel dan cecair tubuh yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

Mangan pula telah digunakan oleh tubuh sebagai co-faktor untuk antioksidan enzim superoksida dismutase. Besi pula diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Herba ini juga turut kaya dengan banyak sumber vitamin penting seperti vitamin B kompleks, beta karotena, vitamin A, vitamin K, vitamin E, vitamin C dan asid folik.

Membantu masalah pencernaan

Kebaikan thyme memang banyak. Antaranya kandungan antikulat dalam thyme membuatkan herba ini boleh dijadikan pencuci kawasan yang dijangkiti dengan jangkitan kulat pada kuku. Kandungan antiseptik thyme pula telah menjadikan daunnya yang telah dihancurkan sesuai sebagai ubat tampal pada luka. Ðikatakan apabila herba ini dimakan secara mentah, mampu membantu masalah pencernaan. Ia mampu merehatkan otot dan mencegah pembentukan angin dalam sistem.

Disebabkan thyme memiliki tindakan antispamodik, bermakna ia amat berguna untuk wanita yang menderita sakit ketika haid. Ðalam amalan tradisional di Jamaica, teh thyme diberikan kepada ibu selepas melahirkan bayi. Kesan oxytocin dikatakan akan menggalakkan pengecutan rahim dan pengeluaran plasenta dengan segera, secara semulajadi.

Membantu sistem pernafasan

Herba thyme yang telah dijadikan teh pula amat baik diminum oleh mereka yang mengalami sakit tekak atau selsema. Ia juga dikatakan berguna untuk mengurangkan inflamasi pada sistem pernafasan. Herba ini juga boleh dicampurkan dalam air panas dan digunakan dalam rawatan wap untuk membersihkan laluan udara ketika seseorang itu mengalami selesema, masalah bronkial dan mengatasi gejala demam.

khasiat Daun thyme , manfaat Daun thyme, kebaikan Daun thyme, teh Daun thyme, petua gunakan Daun thyme, Daun thyme untuk batuk, Daun thyme untuk pencernaan

Merawat kemurungan dan tekanan

Ada juga yang menggunakan thyme untuk merawat kemurungan dan tekanan. Minyak pati herba thyme turut boleh digunakan untuk menaikkan mood dan menenangkan mereka yang sedang mengalami tekanan.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Selain itu, thyme juga boleh dimasukkan ke dalam air panas yang digunakan sebagai air mandian untuk melegakan sakit lenguh-lenguh pada badan. Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan herba thyme, namin bagitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment