Home All Petua Kesihatan Diri Jika Ada Darah Tinggi, Sediakan Minuman Ni Untuk Diamalkan Guna 2 Bahan...

Jika Ada Darah Tinggi, Sediakan Minuman Ni Untuk Diamalkan Guna 2 Bahan Je

2558
0
Jika Ada Darah Tinggi, Sediakan Minuman Ni Untuk Diamalkan Guna 2 Bahan Je 1

Sebagai menantu bila mendapat tahu ibu atau bapa mertua disahkan mempunyai penyakit darah tinggi, pasti timbul juga rasa rungsing di hati.  Ini memandangkan penyakit darah tinggi merupakan antara penyakit yang berbahaya.

Umumnya sesiapa pun tidak terkecuali boleh diserang penyakit ini. Ianya bukan lagi dikatakan sebagai penyakit orang tua, hatta di usia muda sekali pun andai tidak menjalani gaya hidup sihat boleh menghidapinya.

Apa yang pasti, komplikasi penyakit darah tinggi boleh berlaku dalam jangka masa yang cepat ataupun lambat. Ia bergantung bagaimana tekanan darah dapat dikawal oleh pesakit. Sekiranya pesakit darah tinggi mempunyai masalah kesihatan lain seperti kencing manis atau sakit jantung, keadaan ini akan mempercepatkan lagi komplikasi.

Jika sudah mempunyai kompilasi penyakit darah tinggi, seseorang itu akan mengalami tanda-tanda seperti berikut :

darah tinggi, minuman kurangkan bacaan darah tinggi, minuman untuk pesakit darah tinggi, rawatan untuk pesakit darah tinggi, resepi minuman pesakit darah tinggi

Sekiranya ibu mertua atau orang tua anda ada mengalami tanda-tanda dan gejala seperti di atas, anda perlu segera membawa mereka berjumpa doktor di klinik- klinik swasta, klinik-klinik kerajaan yang berdekatan ataupun Jabatan Kecemasan di hospital berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan rapi.

Tekanan Darah Normal :

  • Tekanan sistolik anda kurang dari 120
  • Tekanan diastolik anda kurang daripada 80

Tekanan Darah Tinggi Tahap 1 :

  • Tekanan sistolik anda adalah antara 140-159
  • Tekanan diastolik anda adalah antara 90-99

Tekanan Darah Tinggi Tahap 2 :

  • Tekanan sistolik anda adalah 160 atau lebih tinggi
  • Tekanan diastolik anda adalah 100 atau lebih tinggi

Punca-punca yang  menyebabkan peningkatan kepada tekanan darah

Tekanan darah boleh meningkat dalam keadaan tertentu seperti :-

  • Stress
  • Gelisah
  • Penat
  • Kesakitan
  • berdebar-debar
  • ketakutan
  • melakukan aktiviti fizikal

Pun begitu tidak dinafikan dalam usaha mencari penawar penyakit darah tinggi ini, orang Melayu umumnya mempunyai banyak petua dan mengamalkan pelbagai jenis ubatan tradisional sebagai satu usaha untuk kembali sihat.

Ini sebagaimana perkongsian pengalaman oleh Puan Nur Hidayah yang juga merupakan pesakit darah tinggi. Jom ketahui apa yang diamalkannya dan mana tahu petua ini juga serasi dengan insan yang anda sayangi.

“Saya nak shere petua untuk darah tinggi. Dulu darah tinggi saya 190 dan sekarang 120. Allhamdulilah saya amalkan minum jus epal timun.”

darah tinggi, minuman kurangkan bacaan darah tinggi, minuman untuk pesakit darah tinggi, rawatan untuk pesakit darah tinggi, resepi minuman pesakit darah tinggi

Jus Epal Timun

Bahan-bahan :

  • 1 biji epal hijau
  • 1 batang timun

Cara penyediaan :

  1. Epal dan timun dipotong.
  2. Masukkan ke dalam pengisar makanan.
  3. Kisar sehingga halus dan tapis.
  4. Minum jusnya dan amalkan 3x setiap hari.

Buah epal merupakan salah satu buah yang digemari oleh kebanyakkan orang. Malahan, kanak-kanak juga suka makan epal tetapi selalunya epal merah menjadi pilihan. Ini kerana rasa epal merah yang sangat manis dan sedap berbanding epal hijau. Namun begitu, bagi pengemar makan makanan masam, epal hijau menjadi pilihan hati kerana epal hijau dapat membantu dalam menjadi penawar darah tinggi.

Antara kelebihan lain epal hijau, boleh mengurangkan kencing manis dan memperbaiki sistem pencernaan kita. Selain itu juga, rasa asam pada buah epal boleh membantu mengimbangi asid asam lambung dari perut selain mengurangkan ulser perut. Epal hijau kaya dengan vitamin dan serat terutama pada bahagian kulit yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan diri kita.Justeru,kita digalakkan untuk mengkisar buah epal bersama kulitnya.

Bagi mereka yang tidak suka rasa masam pada buah epal itu, anda boleh campur dengan timun sebab timun bukan sahaja dapat menghilangkan rasa masam malah membuat jus itu menjadi wangi dan sedap untuk diminum.

Jadikan timun sebagai ulam kerana buah timun juga dapat membantu mengurangkan penyakit darah tinggi. Timun (Curcumin Sativus) adalah satu buah yang dihasilkan dari tanaman merambat yang tumbuh dari biji. Dengan batang berbulu halus dan memiliki tangkai panjang serta lebar. Buah ini sering dimakan mentah dan disajikan sebagai ulam malah sebagai salah satu buah dalam keadaan rojak. Selain itu, timun juga biasa digunakan untuk masker dan mempunyai khasiat untuk kecantikan wajah.

Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa makanan yang memiliki kandungan tinggi kalium, magnesium dan serat boleh menjadi penawar tekanan darah. Namun, tidak hanya itu timun merupakan sumber vitamin A dan K, folat, asam caffeic, siliki, vitamin C dan antioksidan yang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Timun juga mengandungi sodium, tetapi kandungan sodium dalam timun sangatlah rendah. Di mana, tubuh memiliki kandungan sodium yang banyak, maka tubuh akan berserang dengan tekanan darah tinggi sehingga sukar untuk disembuhkan. Dengan begitu, adanya kandungan sodium yang rendah timun dapat menjadi penawar darah tinggi dengan  mencegah dan mengatasi terjadinya tekanan darah tinggi.

Tidak hanya tinggi kalium dan rendah sodium, timun juga mempunyai manfaat untuk mengawal berat badan. Mengambil timun dengan rutin dapat menurunkan berat badan dan terhindar dari masalah obesiti. Yang mana, dengan turunnya berat badan kemungkinan tekanan darah dalam tubuh akan turun dan menjadi normal.

Sumber : myhealth.gov.my dan Nur Hidayah via MAHN

BACA JUGA: Rahsia Kawal Darah Tinggi Gunakan Ulam Perkongsian Dato’ Dr. Hamid Arshat

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here