Rumah Kecil Boleh Buat Dapur Open Concept Macam Ni Nampak Kemas!

Rumah Kecil Boleh Buat Dapur Open Concept Macam Ni Nampak Kemas! | Dapur konsep terbuka, rasanya jarang yang berani mengaplikasikannya di rumah. Walaupun kelebihannya praktikal untuk dapur yang kecil serta mudah untuk mencari barang tapi ramai sisi lain semua barang akan dapat dilihat.

Inilah yang buat ramai tak berani salah aturan dapur akan nampak bersepah atau tak kemas. Tapi menariknya Atam Ayu berjaya mempraktikkan dapur open concept di rumahnya dan hasilnya kemas tip top.

Antara tip untuk memastikan dapur open concept kemas adalah meminimumkan barang dapur dan memastikan ada tempat khas untuk meletakkan semua barang dapur.

Selain itu pastikan juga ada sistem penyusunan barang, seperti bekas dan rak mempunyai tema yang serasi supaya tak nampak serabut.

Selebihnya boleh lihat perkongsian dapur open concept dari Atam Ayu.

1. Rak Hyllis dari Ikea untuk meletakkan barangan.dapur open concept

2. Setiap barang ada bekas khas dengan tema yang sama

dapur open concept

3. Rak ada lampu kecil menggunakan bateri untuk mudahkan cari barangan, beli di kedai Eco

4. Table top tanpa kabinet, tapi ditutup dengan langsir dapur. Boleh beli di Shopee

5. Bahagian bawah singki, tetap tersusun walaupun tak nampak di pandangan

6. Penyangkut kuali dan periuk di bawah singki

6. Bar kaunter buat sendiri saja

BACA JUGA :: DIY Kaunter Bar Serbaguna Untuk Dapur Hanya Guna Plywood Mudah Jer!

Pandangan dari depan

7. Tema warna ringkas, hitam dan putih

Semoga beri idea pada yang sedang mencari ilham mendekorasi ruang dapur open concept.

You might also like
Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.