Home All Petua Kecantikan Diri Petua Guna Cuka Epal Untuk Masalah Skin Tags ( Lebihan Kulit )...

Petua Guna Cuka Epal Untuk Masalah Skin Tags ( Lebihan Kulit ) Tanpa Kesakitan

7109
0
skin tags

Petua Guna Cuka Epal Untuk Masalah Skin Tags ( Lebihan Kulit ) Tanpa Kesakitan | Pernah tak anda gunakan nail clipper untuk membuang lebihan kulit yang timbul di bahagian leher? Ianya pasti menyakitkan dan anda mungkin menyesal melakukannya sebab lebihan kulit tu masih berbaki lagi.

Cara terbaik untuk menghilangkan lebihan kulit tanpa kesakitan malahan PERCUMA ialah dengan menggunakan cuka epal yang boleh dibeli di kedai biasa.

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan.

skin tags

Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.

Menurut pakar, Dr Doug Willen yang juga dikenali sebagai The Health Fixer, satu lagi cara atau proses yang boleh digunakan untuk menghapuskan lebihan kulit yang biasa ada di leher, celah ketiak, bawah mata adalah dengan bantuan cuka epal.

Medicine Net menjelaskan skin tags merupakan perkara yang biasa dan tidak merbahaya. Menghilangkan skin tags boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, ada yang melibatkan teknik khusus yang dilakukan oleh ahli dermatologi.

Bagaimana Menggunakan Cuka Epal Menghilang Skin Tags?

Dalam video di bawah, Willen menjelaskan bagaimana menggunakan cuka epal membantu untuk menghilangkan skin tags. Anda hanya perlu meletakkan cuka epal di kawasan yang terlibat, urut perlahan-lahan, lakukan rawatan berulang kali. Dari semasa ke semasa, anda boleh lihat skin tags mula hilang.

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

TERUSKAN MEMBACA

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here