Sengsara Disebabkan Buasir, Baru Tahu Cuka Epal & Minyak Kelapa Boleh Merawatnya

Buasir merupakan antara penyakit yang seringkali terjadi di kalangan kita namun jarang dibincangkan secara terbuka mungkin kerana malu. Malah, ramai yang memilih untuk menahan sakit hanya kerana tidak mahu ada sesiapa yang tahu mengenainya.

Buasir atau dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘haemorrhoids’ adalah berpunca daripada pembengkakan saluran darah vena di bawah rektum dan dubur.

Antara yang berisiko untuk menghadapi masalah ini adalah mereka yang mengandung, golongan yang memiliki berat badan yang berlebihan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat dengan cara yang salah. Bagi wanita yang mengandung risiko untuk menghadapi masalah buasir adalah tinggi.

BACA JUGA: Petua Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis

PENYEBAB BUASIR

Memetik dari portal The Asian Parent, antara faktor penyebab buasir dikalangan ibu mengandung adalah:

  • Perubahan hormon yang menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan badan. Jadi, ibu mengandung akan cenderung untuk mengalami sembelit. Ketika sembelit terjadi, pesakit akan meneran dengan kuat semasa membuang air besar dan menyebabkan tekanan yang berlebihan pada bahagian dubur.
  • Semasa kehamilan, rahim kita akan semakin besar dan jumlah darah juga akan bertambah. Inilah yang menyebabkan lebih banyak tekanan pada kawasan dubur dan menyebabkan salur darah vena membengkak dan menjadi radang.
  • Vitamin-vitamin yang diambil semasa pranatal mengandungi zat besi sintetik yang menyumbang kepada sembelit.
  • Proses meneran untuk menolak bayi keluar menyebabkan tekanan yang tinggi pada rektum dan dubur yang mengakibatkan buasir berlaku.

JENIS-JENIS BUASIRrawat buasir, cara rawat buasir, remedi buasir, cuka epal untuk rawat buasir, minyak kelapa rawat buasir, jenis buasir, punca buasir pada ibu mengandung

Buasir boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

Buasir dalaman – bengkak di lapisan dalam dubur dan tidak sakit. Pesakit mungkin akan mengadu kesakitan jika ia bengkak, berdarah dan terkeluar (prolapse).

Buasir luaran – bengkak di luar dubur. Pesakit akan mengadu sakit, mengalami pendarahan, rasa gatal-gatal atau bengkak semasa membuang air besar.

PETUA SEMULAJADI RAWAT BUASIR

Selain mengamalkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, terdapat beberapa cara semulajadi yang boleh diamalkan untuk merawat buasir ini.

  1. Rendam bahagian punggung ke dalam campuran setengah cawan cuka epal mentah dengan air.

rawat buasir, cara rawat buasir, remedi buasir, cuka epal untuk rawat buasir, minyak kelapa rawat buasir, jenis buasir, punca buasir pada ibu mengandung

2. Sapukan minyak kelapa pada kawasan yang mengalami radang. Minyak kelapa mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat yang boleh membantu melegakan rasa gatal-gatal, kesakitan, keradangan.

3. Sediakan kompres dengan menggunakan Witch hazel. Rendam sekeping tuala wanita ke dalam larutan Witch hazel organik, sejukkan/bekukan dan gunakan pada kawasan buasir. Cara ini juga boleh memberi manfaat kepada wanita yang baru melahirkan anak kerana fungsi kompres adalah untuk menenang dan menyembuhkan kawasan radang.

4. Gunakan hirisan lidah buaya segar yang telah dibuang kulit pada kawasan radang.

rawat buasir, cara rawat buasir, remedi buasir, cuka epal untuk rawat buasir, minyak kelapa rawat buasir, jenis buasir, punca buasir pada ibu mengandung

5. Pilih vitamin pranatal yang diperbuat daripada sumber makanan kerana ia lebih mudah diserap dan tidak akan menyebabkan sembelit berbanding vitamin sintetik, terutamanya zat besi.

6. Minum air yang secukupnya walaupun ini boleh menyebabkan anda kencing lebih kerap. Jika anda tidak minum air dengan banyak, tubuh anda akan menyerap air melalui usus dan meninggalkan najis kering yang sukar untuk diteran.

7. Amalkan pemakanan yang sihat dan pastikan anda makan makanan yang mempunyai banyak serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Benih chia yang direndam boleh membantu pergerakan usus dan sumber lemak yang baik seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan avokado boleh berfungsi sebagai pelincir di dalam usus.

8. Mengambil probiotik atau makanan bertapai.

Kebiasaannya, buasir akan mulai pulih selepas beberapa hari mengamalkan petua-petua di atas. Namun, sekiranya masalah semakin teruk atau tidak pulih, sebaiknya rujuk kepada pakar perubatan ye. Jangan sampai ianya melarat!

Rawatan pengubatan sendiri

Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir.

Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar.

Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:

  • Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
  • Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
  • Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
  • Ketumbuhan pada kawasan dubur.

Ubat untuk meredakan buasir

Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.

Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.

Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

BACA JUGA: Petua Merawat Buasir Dengan Bawang Putih

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 5 =