Home All Pengetahuan Am Cuci Tangan Sekadar Guna Sabun Biasa, Ok ke?- Dr Ni Bagi Pencerahan!

Cuci Tangan Sekadar Guna Sabun Biasa, Ok ke?- Dr Ni Bagi Pencerahan!

8550
2
cuci tangan

Cuci Tangan Sekadar Guna Sabun Biasa, Ok ke?- Dr Ni Bagi Pencerahan! | Membendung penularan wabak covid-19, aspek penjagaan kebersihan sangat-sangat ditekankan.

Terutamanya perlu kerap menggunakan hand sanitizer ataupun mencuci tangan untuk singkirkan kuman.

Pun begitu, adakah mencuci tangan dengan menggunakan sabun biasa sudah memadai?Hal ini dikongsikan infonya oleh Dr. Ahmad Luqman.

Soalan: Doktor, saya kerap cuci tangan tapi sekadar guna sabun biasa dan air je sekarang ni, okay ke?

Orang duk sebut pasal hand sanitizer tapi saya tengok harganya boleh tahan. Stok pun tak banyak dekat kedai kebelakangan ni.

Jawapan: Basuh tangan pakai sabun dan air pun cukup bagus sebenarnya. Malah ia lebih digalakkan. Hand sanitizer selalunya kita guna waktu tiada air dan sabun.

Jika kalian nak tahu, permukaan membran virus tu terbentuk daripada lapisan lemak dan protein.

Bila sabun jumpa lemak-lemak macam tu, memang seronok teruklah, hancur lebur terus struktur virus tu masa kita cuci tangan guna sabun.

Alah, kan biasanya jika tangan berminyak lepas makan, atau baru selesai buat kerja repair kenderaan ke, kita semua akan cari sabun. Dan ianya efektif benar untuk bersihkan kesan minyak tadi.

Haa, lebih kurang begitulah sabun akan singkirkan kuman dari tangan. Lagi bagus jika kita gunakan sabun antibakteria.

Produk pembersih tu selalunya dah tersedia dengan bahan antimikrob tambahan seperti benzalkonium klorida, alkohol dan bahan-bahan antibakteria lain.

Mungkin antara hikmah berlaku wabak sekarang ni, kita semua jadi lebih pembersih. Kalaulah kita boleh nampak kuman-kuman yang berselerak dekat tangan, entah-entah boleh jadi kita terus tak ada selera nak makan, apatah lagi nak sentuh-sentuh muka.

Ikutkan kajian daripada Universiy of Colorado, rupa-rupanya secara purata tangan manusia ni mengandungi 3,200 bakteria daripada 150 spesis berbeza weh!

Orang lain pun tak pasal-pasal geli nak bersalaman dengan kita kalau nampak kuman dekat tangan ni. Huhu.

Harap-harap makin ramai yang cakna pasal hal ni.

sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here