Home All Pengetahuan Am Pakar Dakwa COVID-19 Lebih Banyak Korbankan Lelaki Berbanding Wanita Dan Ini Sebabnya

Pakar Dakwa COVID-19 Lebih Banyak Korbankan Lelaki Berbanding Wanita Dan Ini Sebabnya

16823
5

Pakar Dakwa COVID-19 Lebih Banyak Korbankan Lelaki Berbanding Wanita Dan Ini Sebabnya | Pakar telah mengeluarkan beberapa fakta terbaharu mengenai wabak COVID-19 yang telah menyerang 163 negara di seluruh dunia dan terbaharu, pakar menyatakan bahawa wabak coronavirus lebih banyak korbankan lelaki berbanding kaum wanita.

Antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah disebabkan tabiat merokok, minum minuman beralkohol dan tahap kesihatan yang tidak memuaskan menjadikan virus ini korbankan lelaki lebih banyak dari wanita, lapor pakar.

“Di sebagian besar negara, kita melihat lelaki merokok dan minum alkohol lebih banyak dibandingkan dengan wanita,” kata Sarah Hawkes, profesor kesihatan di Universiti College London (UCL) dan co-director Global Health 50/50.

Korbankan Lelaki

Tambah beliau, tahap kesihatan lelaki lebih cepat menurun apabila dijangkiti wabak coronavirus. Tahap kesihatan ini telah menjadi sebab kepada beberapa penyakit lain seperti kanser, darah tinggi dan sakit jantung.

Statistik Covid-19 Korbankan Lelaki Lebih Banyak Dari Wanita Di Seluruh Dunia

“Di negara seperti Itali, lelaki mempunyai 60% kes positif corona dan lebih dari 70% kes kematian di Itali melibatkan lelaki,” menurut data dari Institut Kesihatan Nasional (ISS).

Manakala negara seperti Korea Selatan yang mempunyai majoriti bilangan kes melibatkan kaum wanita, telah mencatatkan sebanyak 54% lelaki yang terkorban di sana akibat COVID-19.

“Di Itali, kita sedang melihat satu budaya yang merisaukan. Kematian para lelaki kelihatan dua kali ganda lebih banyak berbanding kaum wanita,” kata wakil Rumah Putih, Dr Deborah Birx kepada Washington Post.

Birx turut menambah bahawa maklumat ini penting bagi membantu dunia dalam mengklasifikikasikan siapa yang perlu dilindungi dan bagaimana mereka perlu dilindungi.

CNN dalam satu laporan pula telah menganalisis data dari 20 negara yang dilanda wabak COVID-19. Dari 20 negara tersebut, hanya enam negara – China, Perancis, Iran, Jerman, Itali dan Korea Selatan – yang menyediakan data secara terperinci berdasarkan jantina.

Akhir kajian, CNN menemukan bahawa 50% kaum lelaki berpotensi untuk meninggal dunia akibat COVID-19 berbanding wanita.

“Di Itali, dari 10 wanita yang meninggal dunia, terdapat 24 lelaki yang meninggal dunia. Di China, dari 10 wanita yang terkorban, ada 18 lelaki yang turut terkorban,” lapor data yang dikumpulkan CNN.

Manakala Jerman, Perancis, Iran dan Korea Selatan turut mencatatkan angka di atas 10 bagi jumlah lelaki yang terkorban berbanding setiap 10 wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19.

TERUSKAN MEMBACA

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here