Cara Untuk Bersihkan Blender, Hilangkan Kesan Kuning Kunyit Serta Bau Bawang & Cili

Cara Untuk Bersihkan Blender, Hilangkan Kesan Kuning Kunyit Serta Bau Bawang & Cili | Bila kita gunakan blender untuk mengisar bawang dan cili, baunya pasti akan ‘melekat’ bukan? Malah kalau kisar kunyit hidup untuk buat masak lemak cili api, kesan kuning pasti ada.
Andai kata tiba-tiba nak masak masakan lain, tapi bekas blender berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Sebenarnya ada petua yang boleh dicuba untuk bersihkan blender dengan menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
BAHAN-BAHAN UNTUK BERSIHKAN BLENDER:
- 1 biji limau nipis
- 3 sudu makan beras
- Air secukupnya
CARA-CARA:
- Ambil limau nipis. Potong kecil.
- Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
- Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
- Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.
- Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu. Selamat mencuba!
BACA JUGA: Papan Pemotong Lama Nampak Kusam & Kotor? Ini Cara Bersihkannya